THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

3 Bahan Mudah untuk Membuat Homemade Wax

3 Bahan Mudah untuk Membuat Homemade Wax

Mencukur rerambut ditubuh badan adalah amalan biasa kaum lelaki. Ia antara cara paling mudah dan cepat untuk membuang rerambut selain dari mencabut. Antara kawasan yang sering dicukur adalah dibawah lengan, kaki, tangan, bahagian atas bibir dan juga kawasan alat sulit. Tapi mencukur adalah tidak digalakkan untuk kaum wanita. Kenapa?

Untuk mengelakkan dari pertumbuhan rerambut baru dengan  lebih lebat. Pasti kaum wanita akan lebih tertekan dan risau. Penggunaan pisau cukur juga akan membuatkan kulit akan cedera dan merengsakan. Jadi telah muncul berbagai jenis krim membuang rerambut dipasaran seperti dalam bentuk fom sabun dan juga minyak.

Cara terkini yang sedang popular adalah menggunakan wax. Penggunaan wax akan membuatkan penumbuhan rerambut baru akan mengambil masa dan tumbuh sangat halus. Dan kebanyakkannya dari bahan-bahan organic atau selamat digunakan pada tubuh badan.

Apa kata kita buat sendiri wax dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah tu? Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

·         Gula

·         Jus Lemon

·         Air

·         Periuk kecil

·         Balang kaca

Cara pembuatan:

1.    Masukkan semua bahan ke dalam periuk

sugar.jpeg

2.    Panaskan dengan api sederhana selama 15 hingga 20 minit. Pastikan mengacaunya untuk mengelakkan dari hangus.

lemon.jpeg

3.    Padamkan api apabila gula tadi bertukar menjadi warna perang

4.    Sediakan balang kaca dengan menuangkan air panas mendidih untuk memastikan balang tadi dalam keadaan panas. Ini untuk membantu wax tadi sentiasa dalam keadaan cair.

Nota:

1.    Sebelum digunakan, pastikan wax tadi dalam keadaan pekat dan di dalam suhu yang betul untuk mengelakkan dari kulit melecur dan cedera.

2.    Gunakan stik kayu untuk menyapu wax di kawasan yang diperlukan

3.    Gunakan kain wax untuk membantu memudahkan proses membuang rerambut.

Sangat mudah bukan? Ia juga sangat menjimatkan wang anda. Tidak perlu lagi ke salon atau spa. Wax itu boleh disimpan di dalam suhu bilik dan hanya rendamkan balang tadi di dalam air mendidih untuk mencairkannya.

Jangan lupa mencuba dan kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Top Beauty Products of 2017

Top Beauty Products of 2017

How Korean Keep Their Skin Healthy

How Korean Keep Their Skin Healthy