THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

5 Tanda Suami Yang Curang

5 Tanda Suami Yang Curang

ZCOOP.jpg

Setiap pasangan yang berkahwin mahukan sebuah perkahwinan yang kekal abadi sehingga ke jannah. Namun sebaik saja berkahwin, ramai isteri yang terpaksa terus berada di rumah saban hari demi untuk menyempurnakan tugas sebagai seorang isteri serta ibu mithali untuk suami dan anak-anak.

Setiap hari melihat suami keluar bekerja, sebagai seorang isteri kita hanya mampu berdoa semoga suami kita keluar dengan niat yang baik, langkah yang ikhlas dan hati yang tetap pendirian supaya hanya setia pada kita sahaja. 

Namun tidak dinafikan, masih ada ramai suami di luar sana yang bertindak di luar batasan sehingga mengambil keputusan untuk berlaku curang terhadap si isteri. Oleh itu sebagai seorang isteri kita harus sentiasa berwaspada dan harus memerhatikan setiap tingkah laku suami setiap masa.

Sila berhati-hati sekiranya suami ada LIMA tanda utama seperti di bawah ini.

 

1. Sering Keluar dan Pulang Lewat

 

ZCOOP.jpg

Jika dahulu habis waktu pejabat terus berada di rumah sepanjang malam. Tetapi sekarang sudah mula keluar dengan kerap dengan alasan hendak lepak di kedai mamak bersama rakan-rakan.

                      

2. Melaram Macam Anak Teruna

ZCOOP.jpg

Jika dahulu hanya pakai pakaian yang kita sediakan seadanya tanpa minyak wangi yang banyak. Kali ini bukan setakat minyak wangi tapi rambut juga sudah mula diletakkan gel dan disikat rapi dengan style yang berbeza. Itu belum lagi bila disentuh soal baju dan kasut. Amboi, nak berlagak muda nampaknya.

 

3. Kata-kata Berubah

ZCOOP.jpg

Jika dahulu dia melayan kita pun seadanya seperti biasa seperti sejak mula berkahwin tetapi sekarang ni layanan yang diberikan sudah lebih daripada biasa hinggakan kita terasa seperti seorang puteri untuk selindung kecurangannya ataupun menaikkan suara terhadap kita tanpa sebarang sebab.

 

4. Tidak Boleh Jauh dari Telefon Bimbit

ZCOOP.jpg

Jika dulu handphone hanya terbiar sepi di atas meja. Nak dengar handphone nya berbunyi sekali tiga kali pun payah tapi sekarang ni kejap kejap bergetar.. kejap kejap bergetar.. eh eh dah kenapa sampai matikan bunyi tu? Sudah pandai berwhatsapp pulak nampaknya. Oh ini bahaya.


 

5. Tidur Membelakangkan Isteri

ZCOOP.jpg

Jika dahulu kita boleh tidur berbantalkan lengan suami tapi sekarang jangan kata nak tidur atas lengannya, nak tidur berdepan muka pun payah. Kita menghadap ke utara dia pula menghadap ke barat. Tidurnya pula berdengkur saja hingga ke pagi. Kenapa? 

Ini hanyalah tanda-tanda awalan mengikut pengalaman ramai wanita di luar sana namun tidak semestinya semua lelaki itu sama. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga maka sebelum mengambil apa-apa keputusan sila pastikan dulu segalanya dengan sahih.

Semoga ikatan perkahwinan anda kekal selamanya. Apakah cara anda memastikan perkahwinan anda sentiasa ceria? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.

How to Style Yellow Knit Top with Style

How to Style Yellow Knit Top with Style

4 Useful Workout Tips to Apply Everyday

4 Useful Workout Tips to Apply Everyday