THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Makna Di Sebalik Bunga

Makna Di Sebalik Bunga

Bunga memberikan seribu satu makna pada setiap pemberi bunga. Bunga biasanya diberikan kepada pasangan kekasih, isteri, ibu dan juga teman. Dijadikan juga hadiah sebagai tanda terima kasih, melawat seseorang, memujuk dan ucapan tahniah. Tidak kurang juga bagi yang ingin meraikan sesuatu hari yang bermakna seperti  hari jadi, hari ibu dan hari graduasi. Apa makna di sebalik setiap jenis bunga yang diberi?

1. Mawar

rose1.jpeg

Bunga mawar adalah bunga yang paling terkenal  untuk diberikan kepada sang kekasih. Lebih-lebih lagi di hari simbol percintaan iaitu Hari Valentine. Setiap warna bunga mawar membawa maksudnya yang tersendiri. Walaupun dengan hanya sekuntum, dapat menceriakan hari si gadis.

Mawar merah membawa erti kecantikan, berani dan romantis. Jadi, tidak hairan lah mengapa mawar merah sering dijadikan hadiah untuk diberi kepada sang kekasih walaupun tanpa meraikan sesuatu.

Mawar putih membawa erti cinta sejati, kemurnian, kesucian kelembutan dan rendah diri.

Mawar kuning bererti sahabat sejati. Jika anda mendapat pemberian hadiah mawar kuning daripada pasangan, ada kemungkinan pasangan anda mahu memberitahu bahawa dia hanya menganggap anda tidak lebih dari teman baiknya sahaja.

Mawar jingga membawa erti lamaran. Pada yang belum lagi berkahwin, anda boleh berharap untuk mendapatkan mawar jingga daripada pasangan anda.

Mawar biru membawa erti misteri dan mawar hijau membawa erti ketenangan. Manakala mawar hitam pula membawa erti kematian.

 

2. Tulip

pexels-photo-326284.jpeg

Bunga tulip melambangkan bahawa si pemberi memohon maaf. Selain itu, bunga tulip juga membawa maksud menyatakan cinta, ambil berat, kemewahan, semangat yang tinggi dan juga persahabatan.

Secara umum, bunga tulip melambangkan cinta yang sempurna. Jika warnanya bermacam-macam, bunga tulip ini membawa makna keindahan cinta yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

 

3. Orchid

orchid.jpeg

Bunga orchid atau anggerek merupakan bunga yang memerlukan waktu yang cukup lama untuk berbunga. Setelah menghasilkan bunga barulah orchid atau anggerek ini kelihatan cantik. Orchid juga tidak akan cepat layu. Orchid atau anggerek ini sesuai untuk pasangan atau teman yang meraikan hari graduasi atau mendapat apa-apa jenis pencapaian yang membanggakan.

 

4. Matahari

suflower.jpg

Bunga ini diberi nama bunga matahari kerana sifatnya yang selalu menghadap ke arah matahari. Itulah yang membuatkan bunga matahari menjadi simbol ketulusan dan kesetiaan. Kalau ingin menunjukkan kesetiaan kepada pasangan, bunga matahari adalah bunga yang paling tepat untuk diberikan kepada sang kekasih.

 

5. Peony

peony.jpeg

Bunga peony selalu kelihatan cantik dan wangi. Bunga ini juga dapat mehilangkan infeksi dan rasa sakit. Secara tidak langsung, bunga peony membawa maksud kebahagiaan.

 

6. Lily

lily.jpeg

Bunga lily melambangkan kesucian, kesopanan, dan kemurnian. Bunga ini sesuai deberikan kepada sang kekasih. Gadis di luar sana pasti gembira menerima bunga lily sebagai hadiah. Zaman sekarang, bunga lily juga kerap dilihat dijadikan sebagai bunga tangan di majlis perkahwinan.

 

7. Hydrangea

pexels-photo-169188.jpeg

Hydrangea merupakan simbol terima kasih kepada seseorang. Jika anda ingin meluahkan rasa terima kasih, bunga yang cantik ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah. Hydrangea ini juga semakin popular dan dijadikan hiasan meja dan pelamin.

 

8. Daisy

daisy1.jpeg

Bunga daisy yang juga dikenali sebagai bunga aster memberi makna kesetiaan dan kesabaran. Bunga ini hanya sesuai untuk seseorang yang kamu selesa dan yakin akan kesabaran dan kesetiaannya. Selain mawar, daisy juga adalah pilihan yang tepat buat sang kekasih.

 

Daripada lapan jenis bunga di atas, sudahkah anda mendapat idea bunga apa yang ingin dibeli di kedai bunga nanti? Jangan tersalah pilih, takut si dia berkecil hati. Harap entri ini sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada yang memerlukan.

Simple Shopping Tips For Broke Girl

Simple Shopping Tips For Broke Girl

Top 5 Bestseller for Women 2017

Top 5 Bestseller for Women 2017