THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Rahsia Untuk Mendapatkan Tidur Yang Nyenyak

Rahsia Untuk Mendapatkan Tidur Yang Nyenyak

Tidur adalah sangat penting untuk setiap individu. Manusia memerlukan tidur yang cukup untuk perjalanan harian yang lebih sihat dan efisyen. Salah satu punca tidur yang tidak cukup adalah kerana tidur yang tidak nyenyak di malam hari. Tahukah anda, akibat kekurangan tidur akan menyebabkan tubuh menjadi letih dan malas? Sewaktu tidur anda akan dapat  mengembalikan tenaga dalam tubuh yang penat menjalani kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi kepada individu yang banyak mengeluarkan tenaga di siang hari.

Waktu malam sehingga menjelang subuh adalah waktu yang paling bagus untuk tidur kerana kegelapan memudahkan badan kita berehat dengan lebih nyaman.  Dengan tidur yang cukup, tubuh badan mampu terhindar daripada bermacam jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.  Tidur yang cukup juga dapat melancarkan proses pencernaan. Di sebabkan itulah jika anda perasan, kita sering membuang air kecil atau besar di pagi hari.

Untuk anda yang inginkan berat badan yang ideal, tidur yang berkualiti adalah salah satu daripada caranya. Individu yang kurang tidur akan cenderung untuk makan dalam kuantiti yang lebih banyak dan meningkatkan berat badan.  Ada juga orang yang akan mencari makanan setiap kali berasa tertekan. Kekurangan tidur juga boleh mengakibatkan stress dan punca kepada seseorang memilih untuk makan dan sekali gus meningkatkan berat badan.

Bagaimana untuk mendapatkan tidur yang nyenyak di malam hari? Ada banyak cara yang boleh dikongsikan bersama.

 

1. Tilam yang selesa

pexels-photo-576834.jpeg

Tilam yang tidak selesa akan mengganggu tidur anda. Ini adalah kerana tilam yang tidak selesa akan mengakibatkan sakit belakang. Ini akan menyebabkan tidur yang tidak lena dan hari anda akan menjadi lesu dek kerana sakit belakang.

 

2. Cahaya yang sesuai

pexels-photo-132340.jpeg

Jangan tidur di dalam cahaya yang terlalu terang atau terlalu gelap. Seeloknya, tidurlah menggunakan cahaya lampu tidur yang malap. Itu sudah memadai.

 

3. Warna bilik tidur

pexels-photo-90317.jpeg

Warna bilik tidur juga mempengaruhi keselesaan seseorang itu untuk mendapatkan tidur yang lena dan selesa. Warna-warna yang sesuai adalah warna lembut seperti kuning, biru muda, hijau muda dan kuning air. Warna lembut mampu menjadikan suasana bilik lebih sejuk dan menenangkan berbanding warna terang dan garang seperti merah dan jingga.

 

4. Bilik tidur yang kemas dan bersih

pexels-photo-545012.jpeg

Penting untuk memastikan bilik tidur sentiasa kemas dan bersih. Keselesaan adalah perkara yang penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

 

5. Udara yang segar

scent-sticks-fragrance-aromatic-161599.jpeg

dara yang segar dapat membantu kita untuk mudah tidur dengan lebih cepat. Lebih bagus jika menggunakan aroma terapi dan penyegar udara dengan bau-bauan yang wangi untuk membuatkan kita lebih tenang dan relaks.

 

6. Jam penggera

pexels-photo-261839.jpeg

Jika anda jenis yang susah untuk bangun pagi, tidak salah untuk anda memasang jam penggera. Tetapi cukuplah jika anda memasang jam penggera pada waktu betul-betul anda ingin bangun. Bunyi jam penggera yang berulang kali akan mengganggu tidur lena anda. Cuba elakkan juga bunyi-bunyian yang membuat anda tidak selesa untuk tidur.

 

Tanamkan azam baru untuk mula mendapatkan tidur yang cukup setiap malam. Nikmatilah tidur yang lena kerana di masa jaga badan akan sentiasa bekerja dan berasa letih. Waktu tidur adalah peluang untuk merehatkan badan dan minda dan persediaan untuk memulakan hari yang baik keesokkan harinya.

Bagaimanakah cara anda mendapatkan tidur yang nyenyak setiap malam? Kongsikannya bersama kami di ruangan komen di bawah.

Kempiskan Perut Dengan Limau Nipis

Kempiskan Perut Dengan Limau Nipis

Tips on How to Dress for Darker Skin Ladies

Tips on How to Dress for Darker Skin Ladies