THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

4 Kelebihan Membeli Belah Di Atas Talian

4 Kelebihan Membeli Belah Di Atas Talian

Pada zaman yang serba moden dan canggih. Dengan adanya peranti elektronik yang lebih terkenal dengan pelbagai gadget yang boleh mengakseskan pelbagai maklumat. Bak kata cendikiawan, dunia tanpa sempadan dengan mencari sahaja maklumat yang ingin di ketahui lebih lanjut hanya di hujung jari. Tidak banyak melakukan pergerakan hanya menggunakan telefon pintar atau laptop sahaja boleh mengakses bermacam-macam maklumat. Tidak kira tentang kesihatan, bayi, kekeluargaan dan sebagainya. 

Malah, terdapat segelintir masyarakat dengan mengambil peluang ini dengan berniaga atas talian. Menjual produk kecantikkan, produk untuk tanaman atau bermacam-macam lagi yang kita boleh temui. Lebih-lebih lagi, pihak atau individu akan mempromosikan produknya di facebook kebanyakkannya. Tidak semestinya di facebook, di Instagram juga terdapat pelbagai pihak menjual pelbagai jenis produk atau barang wanita seperti handbag, slingbag dan sebagainya. 

Terdapat syarikat yang besar dan terkenal di mana-mana negara seperti ZALORA yang merupakan platform 'online shopping' yang terkenal di Malaysia malah diluar negara. Di situ juga terdapat pelbagai jenis barangan yang dapat diperolehi tanpa membuang masa atau membazir masa berjam-jam di luar untuk memilih barangan. 

Terdapat pelbagai kelebihan atau kebaikan apabila membeli barangan atas talian.

1. Menjimatkan masa

pexels-photo-285172.jpeg

Soalan : Mengapa membeli barangan atas talian menjimatkan masa?

Jawapan : Membeli barangan atas talian menjimatkan masa kerana kita tidak perlu berpusu-pusu atau mengalami pelbagai masalah sewaktu membeli atau pergi ke mall atau shopping complex untuk membeli barangan tersebut. Malah, kita mengambil masa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan tersekat. Tidak kira juga waktu kerja atau kerja yang banyak menyebabkan tidak dapat meluangkan masa untuk menuju ke mana-mana kedai. Dengan adanya pelbagai website yang dipercayai kita boleh membelinya.

 

2. Memilih barang dengan citarasa sendiri

pexels-photo-248021.jpeg

Kita mempunyai citarasa yang berbeza dari orang lain. Malah kita pula mempunyai kesukaan tersendiri tidak kira dari segi pakaian mahupun pemilihannya. Maka, membeli belah atas talian juga dapat melihat pelbagai produk di jual. Produk kecantikan luaran dan dalamannya. Ini membuatkan ramai yang rambang mata melihatnya. Tidak kira juga kepada wanita yang bekerjaya mempunyai wang sampingan untuk membeli barang kecantikan untuk diri sendiri. Tidak membuang wangnya dengan barangan yang tidak mendatangkan faedah untuknya. 

 

3. Berkongsi cerita tentang website tersebut dengan orang lain

pexels-photo-551652.jpeg

Dengan adanya website yang mempunyai pelbagai barang yang di dapati kita juga dapat berkongsi cerita atau menceritakan barang-barang yang kita beli melalui website tersebut kepada orang lain atau orang disekeliling seperti kawan-kawan atau rakan sekerja. Ini juga dapat meningkatkan review barang di website tersebut apabila ramai yang mengetahui barangan tersebut berkualiti dan tahan lama tidak mudah rosak apabila digunakan. Malah, website itu juga dapat di promosikan di mana-mana media seperti facebook dan instagram. Jikalau dipandang atau dilihatkan, di instagram dan facebook merupakan tumpuan ramai oleh pihak-pihak ingin mencuba produk. 

 

4. Mengetahui barangan menjadi 'trend' terkini

pexels-photo-346752.jpeg

Bagi wanita bekerja atau seorang pelajar yang suka mengakses pakaian atau produk di mana-mana website shopping yang telah di berikan di atas. Saban hari, jikalau dilihatkan pelbagai pakaian, tudung atau kasut dan sebagainya menjadi trend hingga menyebabkan ramai yang rambang mata untuk memilikinya sendiri dengan menggunakan wang untuk membeli barangan tersebut.Pelajar sekolah juga turut bersama-sama untuk melihat barangan atau produk trend sekarang hingga ingin memilikinya secepat yang mungkin.

 

Kesimpulannya, kita juga perlulah berhati-hati dalam membeli barangan atas talian kerana terdapat sesetengah individu atau pihak yang 'mencurigakan' mengambil kesempatan terhadap jualan orang lain demi mendapat keuntungan. Di nasihatkan supaya, memilih website shopping yang telah di link di atas. Website tersebut merupakan tempat menjadi tumpuan ramai. Maka kita tidak perlulah ragu-ragu untuk mengunjungi website tersebut. 

 

Kalau ada apa-apa pemasalahan atau cadangan sila komen. 

 

Apa itu Braces

Apa itu Braces

Kepentingan Telefon Terhadap Kita

Kepentingan Telefon Terhadap Kita