THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Apa itu Braces

Apa itu Braces

Zaman dahulu kalau orang memakai braces kita akan nampak pelik dan memberi pandangan yang berbeza tapi sekarang sudah menjadi trend dan kebiasaaan bila ramai orang terutama remaja mahu memakai braces untuk kelihatan cantik dan kacak. Ya, tiada siapa halang untuk memakai braces tetapi biarlah dengan niat dan cara yang betul, sebaiknya pergilah klinik yang sah beroperasi dan doktor yang mempunyai kelulusan sebagai doktor gigi yang bertauliah.

Banyak berita mengenai fake braces dan service membuat braces hanya di rumah yang di iklan di social media seperti Facebook dan Instagram. Ramai yang terpedaya disebabkan harga servis yang murah.  Namun tahukah anda kesannya akan mengakibatkan kerosakan gigi dan lebih parah ia juga akan mereputkan gigi anda disebabkan menggunakan bahan yang tidak berkualiti.

Aggugini emn F12 002.jpg

Braces atau pendakap gigi adalah bertujuan untuk membetulkan atau meluruskan struktur gigi. Ia dapat memudahkan proses pengunyah makanan, memperbaiki masalah pertuturan huruf dan mengelakkan masalah ulser dan gusi.  

Antara jenis braces:-

·         Metal Braces

Antara yang biasa digunakan , ini kerana antara paling murah berbanding yang lain. Jenis ini elastik di sekeliling bracket dan anda boleh memilih warna yang digemari.

·         Clear Seramic Braces

Clear Braces adalah jenis yang tidak berwarna. Ia agak mahal berbanding metal braces tetapi lebih kuat dan selesa.

·         Self-Ligating Bracket

Selain self-ligating ia juga dikenali sebagai speed braces. Braces ini tidak menggunakan sebarang getah berwarna. Kelebihannya mengurangkan terperangkap makanan di celah gigi dan kesan yang cepat pada perubahan gigi seseorang.

·         Lingual Braces

Lingual braces adalah memakai braces dari bahagian dalam. Ia tidak dapat dilihat oleh orang ramai bahawa anda memakai braces. Jenis ini lebih mahal dan ia tidak boleh digunakan untuk severe cases.

Persediaan sebelum memakai braces perlu berjumpa doktor yang bertauliah di klinik untuk diperiksa. Kemudian, doktor akan mengambil acuan gigi atau X-ray. Jika perlu doktor akan mencabut beberapa batang gigi anda. Selepas itu, anda akan dipasangkan separator dan braces. Selepas selesai memakai braces, anda boleh memilih warna getah dan akan dilekatkan wire pada braket dengan getah itu. Klinik akan memberi wax kepada anda untuk dilekatkan pada braket bagi mengelakkan ULSER. Setelah selesai ,anda perlulah membeli peralatan untuk penjagaan gigi seperti  berus gigi untuk braces, ubat gigi yang mempunyai Fluoride dan mouthwash. Setiap bulan pemakai braces haruslah datang ke klinik tersebut untuk pemeriksaan, jika skip lambatlah proses pergerakan gigi anda.

Setiap individu boleh mengunjungi klinik gigi untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sama ada perlu memakai atau tidak pendakap gigi. Kos memasang braces bergantung kepada jenis braces dan klinik tersebut, maka berbincang dengan klinik untuk mengetahui kos perubatan dan ansuran bulanan kerana kos memasang braces..

 

Bagaimanakah anda menjaga kecantikan gigi anda? Sila kongsikannya di ruangan komen di bawah

Man Crush November Issue: Up Close & Personal with Salman Sazli

Man Crush November Issue: Up Close & Personal with Salman Sazli

4 Kelebihan Membeli Belah Di Atas Talian

4 Kelebihan Membeli Belah Di Atas Talian