THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Kepentingan Telefon Terhadap Kita

Kepentingan Telefon Terhadap Kita

Pada era globalisasi ini, terdapat di mana-mana negara memiliki telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai telefon pintar oleh kalangan masyarakat pada hari ini. Tercipta telefon bimbit dari zaman Alexander Graham Bell yang menciptakan telefon yang pertama di dunia. Saban hari, semakin canggih telefon yang ada dipasaran. Ramai yang berpusu-pusu untuk membeli sebuah telefon dan ingin memilikinya sendiri.

Adakah anda tahu apakah disebaliknya dan kepentingannya telefon terhadap individu? 

photo-1496993560601-0c5f620cd967.jpg

Telefon pintar atau telefon bimbit merupakan benda yang terpenting yang perlu di bawa ke mana-mana bagi menggantikan laptop riba atau komputer. Malah telefon pintar juga dapat mendatangkan manfaat atau kebaikan terhadap pengguna apabila menggunakannya secara baik dan tidak mendatangkan keburukan.

Contohnya, seseorang itu melakukan jual beli secara atas talian. Maka, telefon digunakan untuk mempromosikan sesuatu barang yang ingin ditunjuk atau dibelikan oleh yang meminati produk tersebut. Dibawah ini merupakan contoh produk yang selalu disiarkan di media massa seperti facebook, instagram, whatapps dan sebagainya. 

photo-1496271782428-65c903c18545.jpg

Selain daripada menjual produk-produk atau barang kecantikan. Telefon bimbit juga dapat menghubungi orang yang jauh seperti sanak-saudara yang tidak bersama waktu perayaan atau waktu yang lapang apabila ada hari keluarga. Dengan ini, telefon ini memainkan peranan penting dan mampu menghubungi orang jauh. Individu tersebut perlu mendaftar di akaun seperti facebook, instagram atau whatapps yang mampu menghantar mesej atau satu email yang penting. 

Baiklah, bagi seorang pelajar. telefon juga dapat menghubungi kawan-kawan bertujuan menanyakan tentang kerja-kerja. Mereka juga dapat berkongsi pelbagai maklumat seperti yang diketahui ramai, melalui whatapps atau telegram mampu berkongsi serba banyak ilmu yang diperolehi tidak kira pembelajaran di kelas atau ilmu-ilmu yang perlu di amal oleh umat Islam atau doa-doa harian yang disertai dengan maksudnya sekali. 

photo-1458862768540-8b091824fe2d.jpg

Dengan adanya, telefon pintar atau bimbit. Kita juga hendaklah menggunakannya dengan baik supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku. Seperti penyebaran berita palsu, membuat sebuah akaun atas nama orang lain tetapi orang tersebut tidak mengetahui, mencemarkan identiti seseorang kerana terlalu iri hati dan sebagainya. 

Berhati-hati dalam menggunakan laman sosial. Disebaliknya, mungkin terbaca atau terdengar bualan-bualan harian oleh masyarakat tempatan dengan laman sosial sering menjadi tumpuan seseorang untuk mengambil kesempatan terhadap seseorang.

 

Mungkin ada pertambahan tentang kepentingan telefon dan sebagainya. Sila komen. 

4 Kelebihan Membeli Belah Di Atas Talian

4 Kelebihan Membeli Belah Di Atas Talian

How To Wear Little Black Dress For All Occasions

How To Wear Little Black Dress For All Occasions