Kepentingan Sunblock Untuk Kulit Anda

Di Malaysia ni hanya ada dua musim iaitu musim panas dan musim hujan. Walaupun negara lain sudah bertukar musim ke musim sejuk ketika ini, Malaysia masih bertukar di antara cuaca panas dan hujan. Disebabkan Malaysia adalah Negara yang bermusin panas, protection bagi menghadap sinaran matahari terik adalah amat penting. Ramai diantara kita selalu buat tidak endah terhadap kepentingan sunblock atau sunscreen ini. Antara sebab ramai orang tidak menggunakan sunblock ini kerana kurang faham tentang betapa bahaya pendedahan yang terlampau kulit kepada sinaran terik matahari.

Walau di mana anda berada, jangan pernah lupa membawa sunblock anda bersama. Sama ada anda sedang bersenam di luar, pergi bercuti di pantai, menyertai pertandingan marathon atau keluar bersama rakan-rakan anda di sekitar Bandar, wajib guna sunblock setiap hari. Antara kepentingan memakai sunblock termasuk melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen. Selain itu, ia juga melindungi dari penyakit lain seperti katarak,kerosakan kulit dan merendahkan imunisasi badan.

5baafabd23c250431e7828694f15a6a0efe0a1ab.jpeg

UVA ialah salah satu sinar UV yang paling banyak menimbulkan radiasi iaitu 95% dari sinar ultraviolet yang masuk kedalam atmosfera bumu. Sinar UVA ni lah antara penyumbang utama kepada kerosakan kulit dan menjadi sebahagian besar penyebab terjadinya kanser kulit. UVA ni biasanya menyebabkan masalah kulit dari dalaman antaranya penuaan, berkedut dan kusam.

UVB pulak  penyebab  kulit  kita  kemerahan  dan  terbakar  sebab  ianya  cuma menyerang lapisan luar kulit sahaja . Sunburn tu jadi disebabkan tidak melindungi kulit daripada  sinaran  UVB. UVB  adalah lebih  agresif  dan  cenderung  untuk merosakkan kulit pada waktu 10 pagi sampai 4 petang . Jadi, jika ingin keluar daripada rumah ketika ni , pastikan memakai sunblock yang ada dua perlindungan UVA dan UVB ya.

UVB juga lah penyebab kepada bintik jeragat pada muka. Tidak mahu jeragat bukan? Jadi mulakan penggunaan sunblock sekarang!

Bagi pemilihan sunblock pula, haruslah memilih mengikut SPF yang bersesuaian dengan keadaan dan aktiviti yang kita akan lakukan . SPF atau nama panjangnya  Sun Protection Factor (Faktor Perlindungan Matahari) ni ada dalam macam-macam nilai yang dijual di pasaran. Mesti pelik bukan, ada SPF 15, ada SPF30 dan juga SPF50.

 

Apa beza nombor nombor ni?

 Nombor SPF di botol sunscreen memberi indikasi berapa lama sunblock itu dapat melindungi kulit kita . Semakin tinggi nombor, semakin lama sunblock itu mampu bertahan di kulit kita .

Contoh pengiraan SPF ialah seperti berikut :

SPF 50 ( 50 x 10 minit = 500 minit bersamaan 8 jam 30 minit!)

Pilihlah SPF yang bersesuaian dengan keadaan anda ketika itu.

 

Apakah sunscreen kegemaran anda? Sila tinggalkan cadangan di ruangan komen di bawah.