THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Kaitan Jerawat & Tekanan Emosi

Kaitan Jerawat & Tekanan Emosi

Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan ini juga adalah tunjang keyakinan setiap wanita dari segi penzahiran rohani dan jasmani. Setiap daripada kita mendambakan kulit yang mulus, sihat dan bebas dari masalah kulit seperti jerawat. Artikel kali ini bukan menceritakan secara saintifik bagaimana terjadinya jerawat atau punca jerawat. Artikel kali ini menyentuh bagaimana pengalaman menghadapi tekanan yang hebat sepanjang mengalami ‘breakout’.

Genetik, alergi resdung, kecelaruan hormon dan banyak lagi punca-punca yang terjadi pada sebilangan dari kita yang mengalami masalah jerawat. Ada juga terjadi dari pemilihan produk kosmetik yang mempunyai bahan logam yang berbahaya. Ini amat berbahaya kerana ia bukan sahaja merosakkan kulit wajah namun ada kes tercatat yang mengakibatkan kegagalan fungsi organ dalaman.

Apakah perasaan yang sebenar dialami oleh mangsa ‘jerawat’ ini?

Pertama sekali usaha untuk diri sendiri untuk pulihkan semula masalah ini dan pelbagai sumber ‘ubat’ makan atau jenis ubat sapu dan tips-tips penjagaan dan pemulihan dilakukan dengan harapan jerawat akan surut keesokan hari. Usaha perubatan dari moden ke tradisional (contohnya berbekam).

 

Kedua, jika jerawat tidak surut malah bertambah dan semakin teruk. Selangkah keluar dari rumah dengan penuh emosi. Masih berusaha untuk kekalkan keyakinan walaupun terpaksa menghadkan penggunaan komestik takut pori-pori tersumbat. Secalit gincu cukup untuk seri keyakinan. 

 

Ketiga dari segi teguran, penghadaman nasihat dari rakan-rakan masih boleh diterima kerana orang yang rapat menegur tentang masalah kesihatan kita. Secara automatik rakan-rakan memberikan berjuta promosi dan menjadi penasihat kosmetik tidak bertauliah. Terdesak untuk mendapatkan kesan yang pantas, ini akan membuatkan kita mudah terpengaruh dan ini akan berlaku penukaran produk kosmetik dalam masa yang singkat dan pastinya memakan kos yang banyak.

Jika nasib tidak berapa baik, keradangan jerawat akan semakin teruk. Teguran itu seperti jangkitan, dari rakan-rakan kini orang sekeliling termasuk majikan terlibat. Ini juga dapat menjejaskan kerjaya dan sosialiti seseorang dalam kehidupannya.

 

Keempat, keyakinan merundum dan bermulanya tekanan perasaan. Hati mana tidak terasa? Bukannya tidak usaha untuk pulihkan masalah yang dihidapi? Malahan sudah memakan sejumlah kos yang sangat tinggi. 

Kini segalanya serba-serbi tidak kena. Tidak yakin melihat cermin dan tekanan perasaan dipendam seorang diri. Menghadkan dan mengelak sebarang aktiviti sosial, elak dari keluar kerana takut pada kritikan masyarakat. Terlalu memikirkan apa pandangan orang sekeliling pada diri. Merasakan orang sekeliling pasti jijik melihat muka yang penuh merah-merah jerawat.

 

Kelima, kini hidup kita penuh pergantungan pada media sosial. Ribuan iklan dan juga ikon-ikon kecantikan yang mampu membuatkan tekanan perasaan bertambah parah. Ia seperti benih negatif yang bercambah. Bila pemikiran tidak lagi waras, ia betul-betul memberi impak pada diri sendiri dan orang terdekat. Pengaruh emosi akan menjejaskan sesuatu perhubungan dan salah faham mudah terjadi. 

Sokongan positif pada waktu genting ini amat penting bagi mengelakkan dari seseorang membuat keputusan diluar jangkaan. Seeloknya kita perlu merujuk pada pakar kulit untuk rawatan yang sesuai pada kulit. Selain dari mendapatkan khidmat nasihat dari doktor ia juga akan memberi khidmat kaunseling agar sepanjang proses pemulihan berjalan lancar dan konsisten. 

 

Semuanya makan masa dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk pulih. Elakkan dari bersendirian terlalu lama, luangkan masa dengan aktiviti sibuk seperti bersukan. Penjagaan makanan dan detoksifikasi juga akan penting dalam proses pemulihan luar dan dalam. Bagi anda yang mengalami tekanan yang sama, kongsikan cerita anda diruangan komen dibawah. 

Tips on How to Be Insta-Famous

Tips on How to Be Insta-Famous

Want to Be a Writer? Here Are Some Tips!

Want to Be a Writer? Here Are Some Tips!