THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Resepi Biskut Keju Berlemak (Cheesekut)

Resepi Biskut Keju Berlemak (Cheesekut)

Zaman sekarang keju memang sudah menjadi satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Antara salah satu sebabnya adalah rasa berlemak yang memang mengiurkan dan boleh buat rasa ketagihan yang melampau.

Sebut sahaja makanan apa yang tidak diletakkan keju? Keropok pun memang dah banyak didatangkan bersama keju sebagai perisa baru!Hebat bukan kuasa keju?

Kebanyakan makanan  seperti makanan barat menggunakan keju sebagai bahan penyedap. Jadi mari kita lihat resepi biskut keju berlemak tanpa menggunakan ketuhar yang sedap lagi berkrim.

 

Bahan bahan:

·         Keju Jenama Tatura

·         Susu pekat 3/4 tin

·         Susu dutch lady kotak kecil

·         Biskut cracker jenama Julie

·         Nestum original

 

Cara cara:

1)    Masukkan kesemua keju tatura,susu pekat 3/4 tin dan masukkan susu dutch lady 3 sudu ke dalam mesin pengadun atau mixer sehingga semua sudah sekata. Apabila sudah siap, letak ketepi dahulu adunan tersebut.

Amaran: Jangan masukkan susu terlalu banyak kerana takut terlampau cair adunannya.

 

2)    Celupkan biskut cracker ke dalam susu dutch lady dan susunkan di dalam bekas sebagai lapisan pertama.

 

Amaran: Jangan celup terlalu lama kerana nanti biskut akan menjadi lembik.

 

3)    Masukkan 2 sudu adunan keju yang telah diadunkan ke dalam bekas dan ratakan.Jadikan adunan keju ini sebagai lapisan kedua.

 

4 )Taburkan nestum di atas adunan keju sebagai lapisan ketiga

 

4)    Ulang langkah 2,3dan 4 sehingga penuh satu bekas.

 

5)    Masukkan ke dalam peti ais,dan tunggu sehingga biskut keju berlemak anda keras supaya lebih sedap untuk dimakan.

 

Apakah resepi-resepi biskut lain yang anda ingin ketahui? Kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah.

 

The Top Bohemian Rhapsody Trends

The Top Bohemian Rhapsody Trends

3 Keys to a Healthy Diet

3 Keys to a Healthy Diet