THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Tips Diet Yang Mudah dan Sihat

Tips Diet Yang Mudah dan Sihat

Badan sihat dan langsing menjadi idaman setiap wanita. Tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis diet yang diamalkan untuk mendapatkan tubuh yang cantik dan hidup secara sihat. Namun, adakalanya diet yang anda amalkan masih tidak berjaya untuk membantu mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan. Ini akan membuat anda berputus asa untuk terus mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Cuba ubah gaya diet anda dengan perkongsian tips mudah ini.

 

1) Makan enam kali sehari dalam kuaniti yang kecil

pexels-photo-101533.jpeg

Biasakan diri anda untuk makan enam kali sehari mengikut waktu yang betul dalam kuantiti yang kecil iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi kerana sarapan pagi berperanan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk melakukan aktiviti harian. Elakkan mengambil makanan berat ketika minum malam.

 

2) Banyakkan minum air masak

Anda perlu biasakan diri untuk minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air masak dapat membantu menurunkan berat badan dengan cepat.

 

3) Elakkan pengambilan bergula secara berlebihan

Seeloknya kurangkan pengambilan gula dalam makanan mahupun minuman seperti coklat, minuman berkarbonat, kek dan sebagainya. Tidak dinafikan makanan tersebut sangat enak dimakan tetapi awas, kandungan gulanya sangat tinggi!

 

4) Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran

Anda bukan sahaja mendapat gula secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran bahkan khasiat serta kandungan vitamin yang terdapat di dalamnya dapat mengekalkan kesihatan. Ia juga membuat kulit anda kelihatan lebih berseri, segar dan anjal. 

 

5) Lakukan senaman semudah ABC

Lakukan senaman yang semudah ABC dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak seperti melakukan kerja-kerja rumah. Aktiviti berjalan kaki juga merupakan salah satu senaman yang mudah. Jika anda bertanggapan bahawa berjalan kaki sangat memenatkan, hapuskan tanggapan negatif itu dengan berjalan kaki di taman berdekatan dengan tempat tinggal memakai sportswear sambil mendengar muzik yang diminati ataupun meronda ke pusat membeli-belah. Bukan sahaja anda dapat mencuci mata, bahkan anda juga dapat membakar kalori. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Apakah tips lain yang anda ingin kongsikan? Sila tinggalkan idea anda di ruangan komen di bawah.

Ways to Be Healthy for Free

Ways to Be Healthy for Free

Ways to Spend the Perfect Cozy Night In

Ways to Spend the Perfect Cozy Night In