THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Antara Hobi Yang Membuatkan Anda Menjadi Semakin Pintar Adalah ...

Antara Hobi Yang Membuatkan Anda Menjadi Semakin Pintar Adalah ...

Setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri sama ada bermain bola, mendengar muzik, memasak, shopping dan lain-lain. Tapi tahukah anda selain hanya untuk kesenangan dan mengisi masa lapang, sesuatu hobi itu juga boleh membuatkan anda menjadi semakin pintar.

Ada beberapa hobi terbukti membuatkan seseorang itu menjadi semakin pintar kerana ianya akan merangsang otak untuk terus bekerja dan berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Jika otak anda selalu dilatih untuk berfikir, dan merungkai jawapan untuk setiap persoalan, maka fikiran akan menjadi semakin tajam dan lebih pintar lagi. Berikut kami senaraikan beberapa hobi yang akan membuatkan anda menjadi lebih pintar.

1. Bermain Game

Setiap orang terdiri daripada berbagai lapisan umur tidak kira tua atau muda pastinya mempunyai hobi bermain game. Bukan sahaja mendatangkan perasaan gembira, malah bermain game juga boleh membuat seseorang menjadi semakin pintar.

Ketika bermain game, anda akan berfikir bagaimana cara untuk menang apabila berlawan dengan musuh, menghadapi cabaran sukar dan perlu membuat keputusan dengan tepat dan cepat. Ini adalah faktor yang menyebabkan anda menjadi lebih pintar apabila anda memaksimumkan penggunaan otak untuk berfikir. Namun di sisi lain, bermain game menjadi amat berbahaya jika anda meluangkan masa yang terlalu lama. Anda akan berasa pening, mata dan tubuh akan terasa penat membuat anda menjadi malas. Oleh sebab itu, janganlah terlalu leka apabila bermain game sehingga melalaikan tanggungjawab dan kerja lain yang perlu diselesaikan.

 

2.    Menyelesaikan teka-teki silang kata

Bermain teka-teki silang kata amat menghiburkan dan juga masa yang terluang diisi dengan melakukan perkara yang berfaedah.  Sama juga dengan bermain game, bermain teka-teki silang kata juga memerlukan anda untuk berfikir mencari jawapan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, ia juga dapat membantu menambahkanpengetahuan anda.

 

3.    Membaca

Mungkin kebanyakan orang tidak menyukai hobi ini. Tetapi ianya sangat bagus bagi mereka yang memiliki hobi membaca kerana dapat memberi lebih informasi dan pengetahuan sertamelatih otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu perkara. Membaca jambatan kejayaan. Jika ingin berjaya, anda haruslah rajin membaca supaya luas pemikiran dan pemandangan anda di masa hadapan.

 

4.    Menonton filem

Bukan hanya sekadar menonton, ada banyak perkara baru yang anda boleh belajar dari filem tersebut. Ianya dapat menambahkan pengetahuan anda dengan cara yang mengasyikkan.

Namun hati-hati dengan filem yang anda tonton kerana sebuah filem dapat mempengaruhi pola atau cara anda berfikir. Banyakkanlah menonton filem yang mempunyai nilai atau mesej positif dan bukan hanya sekadar hiburan sahaja. Anda juga boleh mengenalpasti dan membezakan di antarafilem yang baik dan tidak.

 

5.    Menulis

Adakah anda mempunyai hobi menulis, seperti menulis novel, cerita pendek, puisi atau lain-lain? Dengan menulis, kemampuan berfikir anda akan menjadi semakin tajam. Sama dengan membaca, menulis juga dapat meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan imaginasi anda.

Banyak orang yang berjaya mempunyai hobi menulis seperti Stephenie Meyer, pengarang novel yang beberapa hasil karyanya sudah diangkat ke layar perak, seperti Twilight, Eclipse, dan Breaking Dawn.

 

Apakah hobi kegemaran yang merangsang pemikiran anda? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.

 

 

3 Ways to Adopt In A New Environment

3 Ways to Adopt In A New Environment

2017 Raya In Trend Outfit Guide

2017 Raya In Trend Outfit Guide