THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

4 Tips Amalan Hidup Sihat

4 Tips Amalan Hidup Sihat

pexels-photo-320007.jpeg

Dunia berpusing seakan derasnya, menyebabkan ada di antara kita leka dan lalai menjaga kesihatan diri. Dek kesibukan rutin harian yang pelbagai, pengabaian penjagaan pemakanan tidak dititikberatkan. Pengambilan makanan segera dan makanan ringan yang berleluasa menyebabkan ramai di antara kita mudah dihidapi penyakit. Ditambah pula dengan faktor pekerjaan yang memerlukan daya fikir dan daya saing yang tinggi di dalam masyarakat moden arus perdana kini merumitkan lagi penjagaan amalan hidup yang sihat. Antara tips yang boleh diamalkan dengan mudah bagi kehidupan yang sihat adalah:

1.    Berfikiran Positif

Berfikiran positif amat penting bagi diri kita kerana aura dan juga energi positif akan memberi keceriaan di dalam diri. Secara tidak langsung jika kita sentiasa berpandangan baik, setiap apa yang ditentukan akan menjadi pendorong semangat. Walhal seberat mana pun dugaan dan rintangan yang mendatang, dengan berfikiran positif kita tidak mudah mengalah dan tewas dengan cabaran tersebut. Namun, semangat yang kuat yang dipupuk serta keyakinan diri yang tinggi akan menyerlahkan diri kita sebagai seorang yang berkaliber. Ia melambangkan kematangan dan kecerdikan hati kita kerana mampu berfikiran dengan waras dalam apa jua situasi yang dialami. Justeru, ia penting dalam amalan kehidupan harian yang sihat.

2.    Hindari Tekanan

Sebolehnya, kuatkan semangat untuk menghadapi segala dugaan dan pancaroba hidup. Cuba tarik nafas dan hembus beberapa kali jika anda mengalami sesuatu tekanan yang tidak dijangka. Jangan mudah menggelabah, mengeluh dan mengalah. Setiap dugaan yang datang ada hikmah dan jalan penyelesaian yang tersendiri. Oleh itu, kita harus hindari tekanan walaupun seberat mana sekali pun ia hadir di dalam hidup kita. Ini adalah kerana jika kita mengambil serius dengan apa yang berlaku mungkin juga kita akan terseksa dan mudah tertekan. Secara sedar atau tidak, tekanan merupakan punca utama segala penyakit. Oleh itu, tekanan harus disingkirkan dalam diri kita dan hendaklah sentiasa ceria dan tenang menghadapi sesuatu cabaran.

3.    Jaga Pemakanan

Pemakanan amat penting dalam penjagaan amalan hidup sihat. Harus diingat kita disarankan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari. Ini kerana toksik dan asid yang terkandung didalam badan kita harus disingkirkan. Jika tidak ia akan memudaratkan seperti pengumpulan lemak, kolestrol serta gula yang tinggi. Justeru, amalan pemakanan harus diseimbangkan, jangan berlebihan bila makan dan diseimbangkan dengan pengambilan air putih yang banyak. Bak kata pepatah “makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang”.

4.    Senaman

Senaman memang sukar dilakukan dan sangat malas dilaksanakan oleh masyarakat kita. Walaupun ia sangat senang seperti berjalan kaki, menaiki tangga dan aktiviti ringkas di pejabat, namun sukar bagi kita melakukannya sebagai rutin harian. Senaman harus dilaksanakan bagi meningkatkan stamina serta pengaktifan otak kiri dan kanan kita supaya sihat dan cergas. Walaupun cuma 20 minit sehari ia sangat berkesan memberi kebaikan berpanjangan kepada tubuh badan kita.

Anda ada tips amalan hidup sihat yang lain boleh kongsikan di ruang komen di bawah?

Unusual Ways to Help You Lost Weight

Unusual Ways to Help You Lost Weight

Tips on How to Start Your Day Off Right, With A Smile

Tips on How to Start Your Day Off Right, With A Smile