THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Sesuaikah Warna Lipstik Itu Di Bibirmu?

Sesuaikah Warna Lipstik Itu Di Bibirmu?

Lipstik merupakan aksesori bibir yang wajib buat golongan wanita. Tanpa lipstik, wajah akan kelihatan pucat, tidak bermaya dan kurang bersemangat.

Tetapi, awas! Jangan sesekali memilih warna lipstik hanya kerana warnanya yang memikat dan mempersona. Tidak semua lipstik yang berwarna cantik sesuai untuk dioles pada bibir anda! Oleh itu, anda perlu bijak untuk memilih warna lipstik yang sesuai dengan kulit anda.

 

Kulit putih:

Lipstik yang berwarna marron wine, plum reds, berry, red chili, brown, light brown atau beige sesuai untuk wanita yang berkulit putih.

 

Kulit kuning langsat:

Bagi wanita yang memiliki kulit kuning langsat, anda sangat beruntung kerana dapat memilih pelbagai warna lipstik untuk dipadankan dengan kulit seperti warna deep brown, deep red atau berry shades. Elakkan dari memilih warna merah jambu kerana bimbang akan memberi efek gelap pada kulit anda.

 

 

Kulit sawo matang:

Warna lipstik seperti deep pink, dark orchid, deep red, caramel dan segala jenis warna brownpalletes akan membuat kulit anda nampak lebih bersinar.

 

Kulit gelap:

Keanggunan anda akan lebih menyerlah dengan memakai lipstik yang berwarna merah, deep plum, wine red, dark brown dan warna gelap yang lain.

 

Sapuan lipstik dapat mengubah bibir anda untuk kelihatan lebih manis, elegan, seksi dan gembira. Untuk bibir nampak mongel, gunakan lipstik yang mengandungi pelembap.

 

Apa pendapat anda tentang pemadanan warna lipstik dengan warna kulit? Tinggalkan komen anda di bawah.

4 Ways on How to Fade Acne Scars

4 Ways on How to Fade Acne Scars

The GD Effect - VANS Style 36 Sneakers

The GD Effect - VANS Style 36 Sneakers