THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Tips Pikat Hati Si Dia, Jejaka Yang Anda Sukai

Tips Pikat Hati Si Dia, Jejaka Yang Anda Sukai

Anda menyukainya dalam diam, tetapi takut untuk berterus-terang tentang perasaan anda kepadanya. Jangan tunggu lama-lama, nanti anda gigit jari. Cuba pikat hati si dia dengan tips ini.

 

1) Pikat perut si dia.

Selidik terlebih dahulu makanan kegemarannya, kemudian masakkan untuknya. Pasti dia suka dan gembira. Jika anda tidak tahu memasak, mungkin ini adalah satu dorongan untuk anda mula menanamkan minat dan belajar memasak.

 

2) Jadi diri sendiri.

Yakin pada diri sendiri, usah menukar personaliti anda menjadi orang lain. Biarlah jika dia menyukai anda, anda tahu bahawa dia ikhlas menerima anda seadanya. Pakai pakaian yang membuat anda rasa selesa dan biarlah dia terpikat dengan kecantikan semulajadi yang anda miliki.

 

3) Cairkan hatinya dengan senyuman manismu.

Sentiasa mengukir senyuman di bibir, lagipun senyum itu satu sedekah. Pasti si dia akan cair hati dan putik rasa ingin mendekati anda.

 

4) Sokong apa yang dia minati.

Sentiasa memberi sokongan dan dorongan dengan apa yang dia minati. Tunjukkan bahawa anda adalah penyokong setianya. Jangan sesekali mengongkong si dia dari melakukan apa yang diminatinya!

 

5) Menjadi pendengar setia.

Sekiranya si dia dilanda masalah, beri perhatian dan jadilah pendengar yang setia tatkala dia ingin meluahkan masalah yang dihadapi. Cuba fahami perasaannya dan memberi nasihat yang sewajarnya.

 

6) Luangkan masa bersama.

Tatkala ada masa terluang, apa kata jika anda mengajaknya untuk keluar melakukan aktiviti bersama seperti jogging atau bermain bowling. Luangkan masa bersama amat penting bagi merapatkan hubungan anda berdua.

 

Bagaimana cara anda memikat hati si dia yang anda sukai? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Sahabat Anda Merajuk?

Sahabat Anda Merajuk?

Tips on How to Spring Clean Your Closet

Tips on How to Spring Clean Your Closet