THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Tips Travel Untuk Newbies

Tips Travel Untuk Newbies

Tidak dinafikan bahawa ramai yang suka travel bukan? Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Ada yang suka melancong dengan keluarga, buah hati dan ada jugak sesetengah orang yang suka travel berseorangan untuk menenangan fikiran.

Sebelum melancong pasti anda ingin membuat persiapan daripada pakaian yang ingin dibawa, penginapan dan juga tempat yang ingin dilawati supaya tidak terkial-kial di sana nanti. Ini amat penting terutama bagi individu-individu yang suka melancong secara solo. Jika anda seorang newbie dalam bab ini, di sini adalah beberapa tips berguna yang boleh membantu merancang pelancongan anda.


1.     Pilih Negara - Pilih yang dekat dahulu

Sesetengah orang tidak yakin untuk pergi jauh-jauh terutama kepada yang ingin melancong seorang. Mungkin baru pertama kali membuat passport, naik kapal terbang dan ingin pergi melancing. Oleh itu,  pilih negara yang dekat-dekat dahulu. Cari pengalaman. Apabila sudah berasa selesa dengan proses melancong, anda boleh merancang pergi ke Negara luar yang lebih jauh pula.

 

2. Rancang Awal Untuk Membeli Tiket Kapal Terbang

Kalau ingin pergi melancong, beli tiket ketika syarikat penerbangan membuat promosi.  Kita dapat jimat kos jika membeli awal dan tidak perlu risau harga tiket itu meningkat. Ini kerana makin dekat dengan tarikh yang dirancang, makin mahal harga tiket.

 

3.     Sediakan Itinerary

 Ini amat disarankan agar perjalanan anda menjadi lebih teratur dan tidak kelam kabut. Rancang lah sebaiknya supaya anda dapat melawati banyak tempat.

 

4.     Buat Kajian Tentang Makanan Halal Tempatan

Sebagai umat Islam makanan ni merupakan benda sensitif untuk kita. Jadi kaji sedikit tentang tempat yang ingin dilawati supaya tahu di mana kedai makanan halal.

 

Anda ingin pergi melancong tidak lama lagi? Kongsikan di mana anda ingin pergi di ruangan komen di bawah.

How to Pack Light for a Vacation

How to Pack Light for a Vacation

3 Basic Tips to Remember for Internet Service Users

3 Basic Tips to Remember for Internet Service Users