THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Warna Gincu Yang Terbaik Untuk Warna Kulit Anda

Warna Gincu Yang Terbaik Untuk Warna Kulit Anda

Pernah tidak anda berasa keliru untuk memilih warna gincu yang sesuai untuk diri anda ketika melewati rak-rak gincu? Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kita ini memang selalu sangat confuse dengan warna gincu yang dijual. Ini kerana terlalu banyak sangat jenis dan pilihan warna. Jika warna kulit sawo matang padan dengan warna gincu apa? Ataupun orang yang mempunyai warna kulit putih gebu sesuai atau tidak dengan warna gincu merah jambu, pucat? Macam-macam pertanyaan yang ada di dalam fikiran anda semua bukan? Anda tidak perlu pening lagi kerana di sini terdapat tips untuk memilih gincu yang sesuai dengan warna kulit anda.


1. Light Skin Tone - Tona Cerah

Gincu terbaik untuk warna kulit sebegini adalah nude dan neutral. Warna nude seperti peach ataupun merah jambu. Jangan sesekali kenakan warna coklat ataupun burgundy. Sekali sekala cuba tampil dengan warna merah darah ataupun merah biasa, nampak lebih anggun dan seksi.

 

Cadangan Gincu :

 


2. Olive Skin Tones - Tona Kekuningan

Warna kulit ini masuk dengan semua warna gincu. Tiada limit warna. Warna yang terbaik ialah shimmery bronze dan merah jambu tenang. Warna ini menyerlahkan penampilan malah membuat anda kelihatan lebih natural. Warna yang perlu dielakkan adalah ungu dan juga coklat kerana ia akan menampakkan wajah anda menjadi pucat.

 

Cadangan Gincu :


3. Medium Skin Tones - Tona Sawo Matang

Warna seperti nudeoren dan juga merah jambu merupakan pilihan harian yang boleh dipakai bagi wanita berkulit tona sawo matang. Elakkan warna ungu dan juga kuning kerana ianya hanya membuatkan wajah kelihatan suram dan tidak berseri. Warna merah juga perlu dielakkan kerana ia membuatkan solekan anda tidak seimbang.

 

Cadangan Gincu :


4. Dark Skin Tones - Tona Gelap

Warna plum, merah ataupun coklat adalah pilihan yang terbaik. Penggunaan harian boleh pakai warna yang neutral seperti peach ataupun warna coklat caramel. Di waktu malam pula boleh cuba warna merah wine untuk nampak lebih anggun dan seksi. Cuba jugak warna seperti oren untuk tampak kelainan.

 

Cadangan Gincu :


5. Pink Undertones - Tona Putih Kemerahan

Jika ingin nampak natural, gunakan warna tona peach. Disebabkan anda mempunyai warna kulit putih kemerahan, oren, merah jambu dan merah bata mampu tonjolkan wajah anda.

 

Cadangan Gincu :


6. Asian White

Bagi golongan warna asian white pula, warna gincu yang sesuai ialah natural. Jika ditambah lagi dengan penggunaan lipgloss, ia akan nampak lebih menarik dan menaikkan seri wajah.

 

Cadangan Gincu :


7.  Middle Eastern

Korang sememangnya sudah cukup menawan dengan bentuk muka dan bulu kening yang panjang sudah membuatkan korang nampak berseri. Anda hanya tambahkan warna gincu natural nude sudah cukup untuk menampakkan natural beauty anda.

 

Cadangan Gincu :


8. Indian

Boleh dikatakan warna apa sahaja sesuai untuk rona kulit ini. Bagi penggunaan harian, hanya memakai gincu warna nude, oren ataupun merah jambu. Seperti biasa, warna merah mampu menyerlahkan penampilan agar nampak lebih seksi dan anggun.

 

Cadangan Gincu :

Apakah warna lipstick kegemaran anda? Kongsikannya die ruangan komen di bawah.

Best Foundations for Each Skin Type

Best Foundations for Each Skin Type

Unusual Ways to Help You Lost Weight

Unusual Ways to Help You Lost Weight