THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Alamak, Rambut Anda Berkutu? Ketahui Cara Mengusir Kutu Rambut

Alamak, Rambut Anda Berkutu? Ketahui Cara Mengusir Kutu Rambut

Rambut berpengaruh besar dalam menonjolkan kecantikan dalam diri seseorang baik lelaki mahupun wanita. Bahkan, rambut juga boleh menampakkan keyakinan yang terdapat dalam diri anda. Tetapi, sekiranya rambut anda dijangkiti kutu, pastinya anda dilabel sebagai seorang yang pengotor!

kutu.png

Rambut merupakan aset penting terutama bagi golongan wanita sehingga wujudnya istilah “Rambut adalah Mahkota Wanita”. Penting untuk anda menjaga kebersihan rambut anda! Buat anda yang rambutnya telah dijangkiti kutu, mohon tabah! Menghapuskan kutu tidak semudah dengan membersihkan rambut anda dengan syampu.

 

Terdapat beberapa tips mudah untuk menyahkan kutu dari rambut anda:

 

1) Sisir kutu

Bagaimana hendak mengenalpasti sisir kutu? Sisir kutu mempunyai kerapatan yang sangat rapat berbanding sikat biasa. Sikat rambut anda menggunakan sisir kutu. Dengan kerapatan tersebut, kutu bersama telur-telurnya dapat dinyahkan dari rambut anda.

 

2) Cuka putih

Oleskan cuka putih ke rambut/ kulit kepala dan biarkan selama 2 jam, kemudian bilas sehingga bersih. Lakukan dalam 2 kali seminggu.

 

3)      Bawang putih

Ambil 4-5 ulas bawang putih dan tumbuk halus. Oleskan di rambut/ kulit kepala dan tutup kepala anda selama 2 jam. Sebaiknya guna tuala berwarna putih untuk menutup kepala anda supaya anda boleh lihat sendiri kutu yang mendiami rambut anda. Seperti cuka putih, lakukan cara ini dalam 2 kali seminggu.

 

Tips paling penting, elakkan mendekati orang yang mempunyai kutu kerana penularan kutu sangat mudah. Mudah bukan tips di atas? Anda mempunyai cara lain untuk menghilangkan kutu? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

Things Men Love in Women More Than Good Looks

Things Men Love in Women More Than Good Looks

Cara Orang Korea dan Jepun Menjaga Kulit

Cara Orang Korea dan Jepun Menjaga Kulit