THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Cara Praktikal Mengurangkan Tekanan

Cara Praktikal Mengurangkan Tekanan

Stress adalah satu istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, kemurungan dan hilang daya. Hari ini perkataan stress sering meniti di bibir-bibir orang ramai. Tidak dapat disangkalkan bahawa kehidupan harian kita penuh dengan pelbagai perkara sama yang baik atau buruk. Tekanan hidup masa kini membuatkan orang terasa serba tidak kena. Ini semua adalah asam garam kehidupan. Tanpa tekanan, hidup kita pasti tidak bermakna. Kita tidak dapat belajar sesuatu dalam diri. Namun begitu, ramai orang yang cuba tidak mahu meletakkan dirinya dalam tekanan. Kita boleh lakukan beberapa perkara bagi mengurangkan stress agar tidak terus membelenggu diri. Berikut adalah cara praktikal mengurangkan stress.

a)      Beriadah

 

 

Aktiviti beriadah seperti berjoging atau berlari adalah salah satu cara mengurangkan stres. Apabila kita melakukan riadah sewaktu kepala berserabut, kita dapat melupakan seketika masalah-masalah berkenaan. Selain mengeluarkan peluh dan membantu melancarkan peredaran darah, aktiviti beriadah juga dapat memberi ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

b)      Tidur

Tidur juga dapat mengurangkan stres. Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap memainkan peranan penting dalam mengimbangi emosi kita yang terganggu dalam kehidupan sehari-hari. Tidur yang cukup akan memberikan kembali tenaga kita sepenuhnya dan kita juga dapat mengawal kestabilan emosi.

c)      Membaca buku

reading in a garden.jpg

Membaca buku dapat melupakan seketika tekanan yang berlaku. Membaca buku pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda serta mengurangkan stres. Bagi seseorang yang gemarkan buku, perkara ini tidaklah sukar pada mereka kerana dengan membaca dapat memberikan sedikit kelegaan pada diri. Jika sedang dibelenggu tekanan yang menyesakkan diri, bacalah buku-buku motivasi yang dapat mengembalikan keyakinan pada diri.

d)      Eratkan Diri Dengan Keluarga

Carilah masa untuk meluangkan masa bersama keluarga kerana dengan cara ini dapat mengurangkan masalah. Keluarga adalah segala-galanya dalam semua perkara. Sama ada kita sedang bermasalah ataupun tidak, keluarga sentiasa di sisi kita. Apabila kita bersama keluarga, kita boleh bergelak ketawa, bersembang dan berkongsi suka duka kita membuatkan kita lebih baik dan masalah akan lebih terkawal.

e)      Bersiar-siar atau bercuti

Carilah masa yang sesuai untuk bersiar-siar atau jika berkelapangan dan berkemampuan boleh bercuti. Bersiar-siar di tempat orang boleh mendatangkan mood gembira pada diri. Jika tidak pergi jauh pun sekurang-kurangnya melangkah keluar rumah, hidup udara segar dan lihatlah keindahan alam.

Adakah anda mempunyai cara-cara lain mengurangkan stres untuk dikongsikan? Berikan komen anda di ruangan di bawah.

Is Coffee Good for You?

Is Coffee Good for You?

There Was a Time When..

There Was a Time When..