THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Empat Strategi Membina Kecemerlangan Dalam Kehidupan Harian

Empat Strategi Membina Kecemerlangan Dalam Kehidupan Harian

Setiap insan bergelar manusia sudah tentu mahukan kecemerlangan dalam kehidupan. Sedar mahu pun tidak, anda semua adalah seorang yang cemerlang apabila dilahirkan di dunia ini. Lumrah kecemerlangan dalam diri kita sudah disemat sejak azali lagi. Percaya atau tidak! Sejak di alam rahim sperma kita mengharungi berjuta-juta sperma yang lain demi merebut persenyawaan yang satu. Akhirnya sperma kita berjaya mengharungi semua halangan tersebut sehinggalah kita membesar di alam rahim dengan penuh kecemerlangan dan dilahir di muka bumi ini. Namun, ramai yang menganggap kecemerlangan itu terletak di aras ukur pelanjaran. Justeru, antara yang kurang cemerlang dari aspek akademik mudah rasa tersisish dan kurang bermotivasi, malah ramai yang terjerumus di dalam masalah sosial. Oleh itu, empat strategi mudah yang dikongsikan ini adalah bagi meningkatkan kecermelangan diri dalam kehidupan seharian.

1.    Fokus

iStock-512345816.jpg

Fokus amat penting dalam membina kecemerlangan. Jika mahu berjaya dan menggapai kecemerlangan harus fokus dengan apa yang dilakukan. Tidak kira sekecil mana pun pekerjaan kita, harus tekun dalam mengerjakannya, seperti mana anda fokus dalam membaca novel, seperti itu lah harus fokus dalam apa yang dilaksanakan. Apa yang penting mesti tahu apakah sasaran anda? Apa yang mahu anda gapai? Matlamat hidup harus ada di dalam diri anda untuk menuju kecemerlangan.

2.    Keyakinan Diri

iStock-622964454.jpg

Membina keyakinan diri perlu dalam menggapai kecemerlangan hidup. Kecerlangan adalah subjektif. Ada yang kurang cemerlang dalam akedemik tetapi cemerlang dalam aktiviti NGO dan sebagainya. Setiap apa yang dilakukan demi kebaikan sejagat itu adalah kecerlangan diri. Bila anda yakin dengan diri sendiri, sudah tentu anda akan mempamerkan aura yang positif kepada persekitaran anda. Namun, harus diingat juga jangan terlebih yakin sehinggakan memudharatkan diri sendiri.

3.    Membuat Perancangan Harian

815c741e4be229be326663401c996ae96fd4532f.jpeg

Perancangan dalam setiap apa yang dilaksanakan harus ada. Ia membolehkan anda merancang dan menyususn strategi untuk berjaya. Anda harus membuat satu perkiraan dan menulis apa yang harus dilakukan, bila akan mula, bila akan selesai, yang penting mesti ada sasaran yang mahu dicapai. Perancangan juga terbahagi kepada dua iaitu perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang. Harus diingat setiap perancangan mesti dimulakan dengan penyelidikan terlebih dahulu. Sebagai contoh jika anda mahu menjadi seorang usahawan, anda harus tahu apa barang yang hendak dijual? Adakah barang itu sesuai dengan golongan sasaran? Siapa sasaran pasaran anda?

4.    Berdoa

pexels-photo-87500.jpeg

Doa adalah perkara utama. Sebelum, semasa dan selepas melaksanakan tanggungjawab, jangan putus berdoa. Tidak kira di mana sahaja, apa sahaja yang di buat doa amat penting. Sebolehnya jangan lalai dan leka daripada berdoa. Jika sedikit anda leka dan lalai daripada doa, akan akan mudah diserang oleh energi-energi negatif di sekeliling anda. Dengan adanya doa anda mampu mengatasi apa jua masalah mendatang dengan tenang dan reda.

Semoga stretagi yang dikongsikan dapat memberikan motivasi kepada anda. Ingat anda bermula dan dilahirkan sebagai seorang cemerlang, sudah tentu anda mampu dan boleh menggapai kecerlangan dalam apa jua yang anda lakukan. Pepatah ada mengatakan “jika tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Fokus, yakin, rancang, doa doa dan doa, dengan izin Nya anda mampu cemerlang dalam apa jua yang anda lakukan di dunia mahupun di akhirat.

Apakah cara anda untuk membina kecermerlangan dalam diri? Kongsikan cara anda di ruangan komen di bawah.

 

Perkara Asas Dalam Membela Kucing

Perkara Asas Dalam Membela Kucing

How to Be a Responsible Pet Owner

How to Be a Responsible Pet Owner