THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

4 Fakta Lelaki yang Sempurna untuk Wanita

4 Fakta Lelaki yang Sempurna untuk Wanita

Cara seorang lelaki mencintai wanita adalah sangat jauh berbeza dengan cara wanita mencintai lelaki. Wanita telah diciptakan oleh Tuhan dengan sifat yang lemah lembut dan mudah menunjukkan apa sahaja perasaan yang wujud pada sesuatu masa. Malah boleh bertukar-tukar emosi dalam sekelip mata sahaja.Tidak seperti lelaki. Lelaki adalah makhluk Tuhan yang diciptakan dengan cara yang terbalik. Bukan bermaksud lelaki adalah golongan yang kasar tetapi lemah lembut yang ada pada kaum lelaki adalah berbeza. Jika wanita ketahui perbezaan penyampaian cinta lelaki, wanita pasti akan jelas bahawa seseorang lelaki itu sempurna dijadikan teman hidup atau tidak.

 

Fakta Pertama : Lelaki Akan Menyatakan Cintanya dengan Kod Lelaki

Lelaki tidak akan menyatakan cintanya dengan menghantarkan pesanan ringkas kepada kita dengan tulisan yang berbunyi, "I Love You". Tetapi, lelaki akan menyatakan cintanya dengan menggunakan kod lelaki.Apakah kod tersebut? Untuk pengetahuan kita bersama, kod ini biasanya akan diketahui oleh lelaki-lelaki lain seperti kawan-kawannya. Kod ini adalah cara lelaki menyatakan cintanya yang ikhlas dari hatinya.

Seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang wanita, dia akan memberikan kita pangkat dimana wanita lain tidak memiliki pangkat ini.Pangkat ini diberikan kepada kita bukan secara terus kepada kita. Dia akan menyatakan pangkat ini melalui cara memperkenalkan kita kepada kawan-kawannya, keluarga dan termasuklah sesiapa sahaja yang boleh.

Sebagai contoh, suatu hari kita diajak ke sebuah majlis makan malam di syarikatnya bekerja. Di sana, dia akan memperkenalkan kita kepada kawan sekerjanya bahawa kita adalah teman wanitanya. Itu bermaksud, dia serius dengan hubungan yang terjalin tersebut. Jika kawan lelakinya mendengar, “Ini teman wanita saya” atau “Ini kekasih saya” atau “Ini buah hati saya” dari mulutnya, secara automatik kawan lelakinya tidak akan menganggu kita kerana mereka faham kod lelaki tersebut yang bermaksud, “Ini wanita saya, jangan ganggu dia”. Sekiranya kita diperkenalkan sebagai teman wanita di hadapan kawan-kawan perempuannya, kawan perempuannya akan mengerti bahawa lelaki itu serius dengan kita.

2.jpeg

Selain itu, lelaki yang serius dengan hubungan biasanya akanmemperkenalkan kita kepada keluarganya selepas lebih kurang 3 bulan bercinta. Lelaki ini tidak akan segan atau takut membawa kita berjumpa dengan keluarganya. Ini adalah mesej bahawa kita ada di dalam perancangannya di masa hadapan.

Jika kita diperkenalkan sebagai kawan di hadapan teman-temannya, malah tidak pernah diajak berjumpa dengan keluarganya, itu bermakna lelaki ini belum bersedia menjalinkan hubungan serius dengan kita.Kemungkinan besar, kita tidak ada dalam perancangannya di masa hadapan.

 

Fakta Kedua : Memberi dan Menjalankan Tanggungjawab

Jika lelaki serius dalam hubungan, lelaki akanmenjalankan tanggungjawabnya tanpa soal tetapi dengan rela hati. Jika pasangan yang belum berkahwin, si lelaki biasanya akan menjalankan tanggungjawab dan komitmen dengan mengumpulkan wang untuk majlis pertunangan dan perkahwinan dengan gigih. Jika berlaku ujian kewangan, lelaki ini akan kekal bersabar dan akan tetap meneruskan perjuangannya dalam mengumpulkan wang tersebut sehingga sebuah perkahwinan yang diidamkan menjadi realiti.

Lelaki yang serius dalam hubungan juga tidak suka membazirkan wang dan masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.Hal ini kerana mereka tahu bahawa mereka mempunyai komitmen yang penting di masa hadapan selepas berkahwin.Lelaki ini tahu bahawa dia bakal menyediakan keperluan dan nafkah untuk isteri dan anak-anaknya.

Seorang lelaki yang sayang akan wanitanya ; teman wanita atau sudah menjadi isterinya, tidak akan pernah lupa memberi sesuatu untuk kita seperti hadiah hari lahir atau hadiah ulang tahun perkahwinan. Jika kebetulan mempunyai masalah kewangan, biasanya lelaki akan tetap mencari jalan untuk memberi  sesuatuseperti membawa kita keluar makan.

3.jpeg

Lelaki juga akan memberi dengan cara mencurahkan peluh. Mereka sanggup berpenat lelah untuk membantu wanitanya walaupun memenatkan.Jika mereka tidak mampu untuk melakukannya pada hari ini, mereka akan pilih hari yang sesuatu dan tetap melakukannya. Perkara yang kecil juga akan dilakukannya walaupun hanya sekadar memanjat tangga untuk menggantungkan perhiasan di dinding rumah. Sekiranya apa yang kita perlukan adalah sesuatu yang mereka juga tidak pakar dalam bidang tersebut, mereka pasti akan mencari jalan seperi mencari maklumat berkenaannya.

 

Fakta Ketiga : Perlindungan dan Kepimpinan

Lelaki yang mencintai wanitanya sepenuh hati adalah tidak akan membiarkan kekasih atau isterinya melakukan sesuatu yang merbahaya. Mereka akan melindungi dengan cara apa sekalipun termasuklah memberi nasihat. Jika kita berjalan di tepi jalan raya, lelaki biasanya akan berada di sebelah yang berdekatan jalan raya. Itu adalah salah satu cara mereka melindungi wanita dari bahaya kereta yang lalu.

pexels-photo.jpg

Lelaki sememangnya sudah diajar sejak kecil untuk melindungi keluarga.Lelaki akan menjaga maruah wanitanya dan keluarganya. Mereka tidak suka wanitanya diperkecil-kecilkan atau dihina. Lelaki sejati akan mempertahankan wanitanya.

Lelaki ini akan membimbing wanitanya dari pelbagai segi kerana mereka tahu itulah tanggungjawab seorang lelaki dan sebagai tanda betapa cintanya dia kepada wanita tersebut. Inilah yang dikatakan bahawa lelaki tidak akan mencurahkan rasa cintanya seperti wanita. Cara lelaki adalah dengan menjaga, melindungi dan memimpin.Itulah tanda seorang lelaki mencintai kita. Jangan hairan jika seorang lelaki sangat suka memberi nasihat yang sama berulang kali. Apatah lagi jika mereka sudah menjadi seorang ayah.

 

Fakta Keempat : Peranan Wanita

Lelaki adalah seorang insan yang diciptakan oleh Tuhan dengan kemampuan otak yang terhad. Mereka tidak mampu untuk berfikir perkara yang banyak dalam satu masa. Mereka hanya boleh berfikir tentang satu perkara sahaja dalam satu masa. Selepas selesai satu perkara di dalam fikirannya, barulah dia akan berfikir mengenai perkara yang kedua. Oleh hal yang demikian, peranan wanita juga penting dalam sebuah hubungan agar lelaki atau suami kita tetap menjadi seorang yang sempurna untuk kita dan keluarga.

pexels-photo-318377.jpeg

Wanita perlu mengingkatkan lelaki tentang janji-janji yang pernah diungkapkan semasa bercinta, sebelum berkahwin dan semasa sudah sah menjadi suami isteri agar lelaki tidak terlupa. Walau bagaimanapun, cara mengingkatkan perlu dalam bentuk yang sesuai.

Wanita juga perlu memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan jika mereka tiba-tiba tidak tahu apa yang perlu di buat pada waktu-waktu atau situasi tertentu. Contohnya, ketika baru melahirkan bayi.Tidak semua lelaki yang bernama suami tahu tentang selok belok anak-anak untuk pertama kali. Oleh hal yang demikian, sebagai wanita kita perlu memberitahu lelaki cara dan apa yang perlu dilakukan sehingga lelaki hafal dan menjadi rutinnya.

Wanita juga perlu sering mengucapkan terima kasih atas perbuatan dan pengorbanannya terhadap kita dan keluarga.Kita perlu menghargai mereka.Lelaki adalah sejenis insan yang mudah. Jika dia tidak dihargai, dia akan berhenti untuk melakukan sesuatu untuk wanitanya walaupun sedalam mana cintanya. Hal ini kerana pada pendapat lelaki, jika perbuatannya tidak diiktiraf atau dihargai, itu bermaksud dia tidak perlu melakukannya kerana tidak perlu. Mereka berhenti melakukan sesuatu untuk wanitanya bukan kerana tidak ikhlas melakukannya tetapi kerana mereka merasa ia adalah sesuatu yang tidak perlu dilakukan kerana kita kelihatan seperti tidak memerlukannya.

pexels-photo-323148.jpeg

Ucapan terima kasih dan menghargai lelaki adalah sejenis pemangkin bagi seorang lelaki.Penghargaan dan kegembiraan yang kita tunjukkan kepada mereka selepas mereka melakukan sesuatu kepada kita adalah satu tiket dorongan dan sokongan untuk mereka agar terus menjadi yang terbaik untuk kita. Mereka akan lebih bersemangat dan terus optimistik untuk wanita kesayangannya.

Selain menyatakan cinta,jangan lupa juga untuk menyatakan betapa kita bangga dan bersyukur kerana kita memilikinya sebagai suami atau teman lelaki.Ini juga adalah mesej terbaik sebagai sokongan dan dorongan untuk mereka terus tidak berputus asa untuk menjadi yang terbaik dan sempurna di mata kita. Menyatakan bangga dan syukur seperti ini biasanya akan membuatkan mereka merasa lega dan tidak tertekan kerana mereka merasa mereka sudah berjaya dalam sesebuah hubungan.

Jadi apakah cara pasangan anda menunjukkan kasih sayang terhadap anda? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

Ingredients of a Successful and Fulfilling Relationship

Ingredients of a Successful and Fulfilling Relationship

Cara Mencantikkan Kuku Secara DIY

Cara Mencantikkan Kuku Secara DIY