THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

5 Cara Merawat Masalah ‘Sunburn’ atau Selaran Matahari

5 Cara Merawat Masalah ‘Sunburn’ atau Selaran Matahari

jjj.jpg

Gejala sunburn ini sering berlaku di dalam kalangan penduduk yang ada di Malaysia dan di luar negara. Maka, secara ringkasnya, sunburn atau selaran cahaya ini sering berlaku apabila seseorang itu terdedah dengan cahaya matahari pada jangka masa yang lama.

Bagaimana sunburn atau selaran cahaya berlaku?

Kulit manusia mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Melanin menentukan corak kulit manusia seperti kulit hitam manis, kuning langsat dan putih. Ia juga dapat melindungi kulit seseorang daripada terkena sinaran ultraungu.

Melanin merupakan mekanisma semulajadi yang ada pada kulit manusia, apabila manusia itu terdedah dengan cahaya matahari pada jangka masa yang lama boleh menyebabkan radiasi ultraungu terhadap kulit hingga boleh menyebabkan sunburn.

 

Fakta yang boleh kita ketahui, manusia yang memiliki kulit putih mulus bagai tiada celar di wajahnya mempunyai melanin yang rendah, manakala manusia yang memiliki kulit hitam manis dan kuning langsat mempunyai melanin yang tinggi untuk mengelakkan sunburn.

Soalan yang sering di ajukan oleh mana-mana pihak

‘’Bagaimanakah cara untuk menghilangkan sunburn dengan cara yang mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menghilangkannya?’’

5 Cara Untuk menghilangkan sunburn

1. Anda perlu menggunakan losyen memiliki bahan seperti lidah buaya ( aloe vera ) . Lidah buaya merupakan bahan yang dapat menghilangkan sunburn kerana ia boleh menghilangkan rasa perit pada kulit dan mampu mengantikan sel-sel kulit yang mati

2.  Menggunakan teh hijau atau teh hitam untuk merawatnya. Cara-caranya dengan letakkan 1 sudu teh hijau dan 1 sudu teh madu digaul bersama-sama untuk dijadikan masker di wajah. Teh hijau atau teh hitam mempunyai kebaikan untuk wajah kerana ia merawat dan melembabkan kulit yang kering dan kusam.

 

teabag-550645_960_720.jpg

3.    Menggunakan timun dan kentang dengan memotong secara kecil-kecilan atau dihancurkan dan digunakan sebagai masker. Timun dan kentang dapat menghilangkan bengkak dan gatal-gatal pada wajah serta mampu menyejukkan kulit apabila terkena sunburn.

 

toner-906142_960_720.jpg

4.    Gunakan serbuk penaik (baking soda). Caranya, campurkan baking soda dengan cuka dan disapukan pada kulit atau wajah yang terkena sunburn. Digunakan sebelum tidur dan dibiarkan semalaman.

5.    Menggunakan sunblock. Sunblock berfungsi sebagai memberi perlindungan pada wajah daripada sinaran ultraungu. Sinaran ini sangat membahaya boleh menyebabkan kanser kulit. Maka, disarankan membeli sunblock yang ada di pasaran.

 

Apakah cara anda merawat sunburn pada wajah? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.

Men’s Beauty Tips You Must Know

Men’s Beauty Tips You Must Know

5 Tips Miliki Bibir Cantik Dan Merah Semulajadi

5 Tips Miliki Bibir Cantik Dan Merah Semulajadi