THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Cara Mencantikkan Kuku Secara DIY

Cara Mencantikkan Kuku Secara DIY

Selain dari wajah yang cantik, kuku juga memainkan peranan penting dalam penjagaan diri. Kuku yang bersih dan sihat membuatkan seseorang lebih yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Kuku adalah sesuatu yang terdedah dan sering dilihat. Tidak manis jika kuku tidak dijaga dengan rapi. Secara tidak langsung, kuku menjadi gambaran siapa kita dimata orang. Pengotor atau pembersih? Jadi, kuku wajib untuk dijaga!

Tak perlu keluarkan modal yang banyak semata - mata untuk penjagaan kuku anda. Gunakan saja apa yang ada di dapur atau bahan semulajadi yang sering digunakan. Jom cantikkan kuku secara DIY

 

1. Lidah buaya

pexels-photo-175247.jpeg

Lidah buaya memang banyak khasiat. Selain dari digunakan untuk melembutkan rambut, lidah buaya juga membantu untuk membuatkan kuku cantik. Hanya perlu bersihkan lidah buaya dan oleskannya secara rata pada permukaan kuku. Lakukannya secara kerap untuk mendapatkan kuku yang bersih dan putih. 

 

2. Bawang putih

onion-slice-knife-food-37912.jpeg

Bawang putih memang sangat penting dalam sesuatu masakan. Tidak perlu keluarkan duit bukan untuk mencantikkan kuku? Hanya perlu pergi ke dapur membantu emak memasak dan ambil beberapa biji bawang putih. Senang sahaja. Kupas kulit dan bersihkannya. Kemudian, tumbuk sehingga lumat dan gosokkannya pada kuku. Kemudian cuci sehingga bersih dan kuku akan lebih berkilat. Selain itu, bawang putih juga membantu menguatkan struktur kuku. 

 

3. Limau nipis

pexels-photo-230862.jpeg

Sedap juga bukan kalau buat sirap limau? Tetapi, dalam pada sedap jangan dilupakan kesihatan kuku anda ya. Gunakan limau nipis untuk merawat kuku agar lebih cantik. Anda hanya perlu gosokkan limau pada kuku dan biarkannya selama beberapa minit kemudian cuci sehingga bersih. Kulit anda akan kelihatan lebih cantik dari biasa.

 

4. Belimbing buluh

Jika limau nipis tidak ada, anda boleh gunakan belimbing buluh juga. Caranya juga sama dengan hanya perlu gosokkan belimbing buluh pada kuku dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lebihan belimbing buluh boleh digunakan untuk memasak ya. Jangan dibuang pula.

 

5. Kulit tembikai

background-backgrounds-food-fruit-42063.jpeg

Anda gemar makan buah tembikai? Pastikan jangan dibuang kulitnya. Kulitnya boleh digunakan untuk merawat kuku anda. Anda hanya perlu menggosokkan kulit tembikai pada permukaan kuku, biarkan ia kering untuk beberapa minit dan bilas dengan air bersih. Cara ini akan menjadikan kulit anda berkilat. 

 

6. Lemon

pexels-photo-405031.jpeg

Kandungan vitamin C yang terdapat dalam sebiji lemon mampu membuatkan kuku tampak berkilat dan lebih cantik. Hiris sebiji lemon menjadi beberapa kepingan. Sapukan kepingan lemon pada permukaan kuku dan biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih. Cara ini juga mampu mengurangkan warna kuku yang kekuningan menjadi lebih cantik.

 

7. Ubat gigi

toothbrush-toothpaste-dental-care-clean-40798.jpeg

Ubat gigi ini persis menggunakan pengilat kuku yang dijual di kedai. Oleskan ubat gigi atas permukaan kuku. Kemudian gosokkan sehingga rata. Kemudian bilas. Wah, kuku anda akan berkilat seperti memakai pengilat kuku. Shhhh! Ini rahsia kita tau. Paling penting jangan terlalu kerap menggunakan penanggal pengilat kuku kerana ini akan menyebabkan kulit anda 'sakit'. 

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan untuk cantik dengan hanya menggunakan bahan di dapur dan bahan semulajadi. Tapi, cukup lah yang ini sahaja untuk dikongsi. Semoga tips ini dapat membantu anda tampil dengan lebih yakin kerana memiliki kuku yang cantik.

4 Fakta Lelaki yang Sempurna untuk Wanita

4 Fakta Lelaki yang Sempurna untuk Wanita

The Secret Trick For Brows on Fleek

The Secret Trick For Brows on Fleek