THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Destinasi Percutian Dalam Malaysia Yang Menarik

Destinasi Percutian Dalam Malaysia Yang Menarik

Siapa yang suka bercuti? Angkat tangan. Siapa yang tidak suka bercuti, bukan? Kalau buat undian, mesti bercuti adalah kegemaran ramai. Ini kerana percutian adalah waktu untuk kita bersuka ria, rilekskan minda, menjelajah tempat orang, belajar budaya tempatan, sejarah, mencuba menu masakan yang ada di setiap tempat dan banyak lagi serta paling utama meluangkan masa bersama keluarga.

Ada yang menjadikan aktiviti percutian ini sebagai rutin tahunan. Destinasi pilihan mengikut bajet masing-masing. Sekiranya ada bajet lebih, mungkin bercuti keluar negara namun bagi bajet yang kurang, dalam Malaysia pun tidak kurang hebat tempat-tempat percutian menarik yang boleh dikunjungi.

Bercuti boleh dikategorikan terapi minda untuk kita merehatkan badan seketika dari kesibukan bekerja mahupun aktiviti harian yang sentiasa sibuk.

Di mana tempat percutian yang menjadi pilihan di Malaysia?

1.    Kawasan Dingin

pexels-photo-130576.jpeg

Untuk mereka yang ingin merasai suasana percutian yang sejuk boleh bercuti di kawasan yang dingin seperti Genting Highland, Cameron Highland, Bukit Fraser atau Colmar Tropicale. Cameron Highland terkenal dengan kebun teh dan bunga-bunganya yang segar serta tidak dilupa keseronokan memetik strawberi. Kalau mahu rasa strawberi yang segar dan manis, boleh berkunjung ke sini. Serta aktiviti yang popular bagi penggemar aktiviti hiking, anda boleh mencuba meneroka sendiri mossy forest yang kian popular di sini. 

 

Genting Highland dikenali sebagai taman tema untuk kita berhibur selepas penat bekerja. Dengan pelbagai mainan yang ada di situ, membuatkan kita lupa seketika dengan masalah kerja mahupun melepaskan lelah dengan aktiviti harian yang sentiasa sibuk. 

 

Bukit Fraser tempat percutian yang tenang dan sunyi. Bagi yang nak merasai cuti tanpa hiruk pikuk kota yang sentiasa sibuk, boleh cuba berkunjung ke sini. Walaupun Bukit Fraser dikenali sebagai tempat percutian yang tenang namun banyak aktiviti boleh dilakukan di sini seperti trekking, mandi-manda di air terjun, menaiki kuda dan paling utama, jangan lupa untuk bergambar di mercu tanda Fraser Hill iaitu menara jam.

 

Colmar Tropicale menjadi pilihan bagi mereka yang ingin merasai percutian seperti di luar negara kerana bangunan-bangunan di sini rekabentuknya menyerupai seperti perkampungan di sana. Untuk yang suka bergambar, wajib ke sini kerana latar belakang bangunan di sini yang menarik dan amat sesuai untuk dijadikan lokasi outdoor wedding photoshoot. Latar belakangnya pasti membuatkan orang menyangkakan photoshoot tersebut di lakukan di luar negara.

 

2.    Pulau

pexels-photo-207680.jpeg

Bagi yang suka suasana tenang dan mengasyikkan, pilihan bercuti di tepi pantai atau pulau pasti menjadi pilihan. Sambil baring di atas pasir pantai dan melihat kebiruan langit membuatkan mata tidak jemu untuk mengalihkan pandangan. Di hadapan terbentang lautan luas begitu mempesonakan. Aktiviti di tepi pantai seperti mandi-manda mahupun bermain pasir membina istana bersama anak-anak pasti menyeronokkan. Bagi yang suka melakukan aktiviti snorkelling juga boleh meneroka keindahan laut dan melihat sendiri hidupan laut berenang di hadapan mata pasti satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Di samping dapat meluangkan masa bersama keluarga tanpa adanya gangguan dari gadget kerana talian komunikasi yang agak kurang di kawasan pulau. 

 

3.    Tempat Bersejarah

pexels-photo-111234.jpeg

Untuk yang ingin mengetahui sejarah Malaysia, boleh berkunjung ke Melaka yang terkenal sebagai bandaraya bersejarah. Selain dari Melaka, boleh juga berkunjung ke setiap negeri di Malaysia yang mempunyai nilai-nilai sejarah tersendiri dan muzium yang menempatkan pelbagai maklumat mengenai sejarah negara Malaysia. Di samping itu, anda juga boleh berkunjung ke bangunan-bangunan bersejarah yang telah dibina sejak puluhan tahun dahulu yang setiap satu mempunyai nilai unik sejarahnya sendiri.

 

4.    Taman Tema

pexels-photo-61129.jpeg

Di Malaysia telah wujudnya banyak taman tema seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, Legoland, Bukit Merah Laketown Resort menambahkan lagi destinasi percutian yang wajib dikunjungi bagi yang telah berkeluarga. Kanak-kanak pasti suka bermain di taman tema ini. Beli baju renang dan bersuka ria bersama.

 

Di mana pilihan percutian anda?Jom kongsikan di ruangan komen di bawah.

How to Convince Your Parents to Allow You to Travel

How to Convince Your Parents to Allow You to Travel

Temu Bual Bersama Penulis Novel Malaysia, Sara Aisha

Temu Bual Bersama Penulis Novel Malaysia, Sara Aisha