THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Manfaat Mempelajari Banyak Bahasa

Manfaat Mempelajari Banyak Bahasa

hbhbhb.jpg

Setiap negara di dunia mempunyai bahasa yang berbeza-beza. Termasuk Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang digunakan dalam setiap acara rasmi di seluruh Malaysia. Dan di Malaysia juga terdapat tiga lagi bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Negara lain seperti Korea, bahasanya dikenali sebagai Hangeul. Jepun, bahasanya dikenali sebagai Kanji, Hiragana dan Katana.

Kebanyakkan orang kini menganggap bahasa merupakan satu perkara yang tidak penting dan membosankan bagi mereka. Lebih baik mereka menggunakan bahasa mereka sendiri yang diklafikasikan sebagai “Bahasa rojak” iaitu bahasa campur. Ini akan menyebabkan mereka hilang rasa minat untuk mempelajari lebih banyak bahasa yang sebenarnya sangat penting untuk mereka pada masa kini. Banyak manfaat yang kita peroleh apabila  mempelajari lebih daripada dua bahasa.  
 

1. Mudah Mendapatkan Pekerjaan

njnjnj.jpg

Pengambilan pekerja zaman ini sangat berbeza berbanding dahulu kerana pada masa kini majikan tidak hanya memberi tumpuan terhadap kelayakan anda. Majikan biasanya memberi tumpuan terhadap sesuatu kemahiran yang anda miliki. Dengan menguasi lebih daripada satu bahasa ia akan memberikan satu kelebihan kepada anda kerana majikan lebih memerlukan pekerja yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam pelbagai bahasa lebih-lebih lagi Bahasa Inggeris dan Mandarin.

 

2. Meningkatkan Keyakinan Diri

jnjnjnjnj.jpg

Sesetengah orang berpendapat keyakinan diri hanya datang apabila kita selesa dengan cara pemakaian atau fesyen yang kita kenakan. Memang betul. Tapi dengan menguasai lebih banyak bahasa juga dapat menambahkan keyakinan diri seseorang. Orang yang menguasi lebih banyak bahasa mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana berusaha untuk berkomunikasi dengan orang negara lain tanpa rasa janggal dan takut.

 

3. Travel Tanpa Rasa Bimbang

dddxdd.jpg

Dengan menguasai banyak bahasa kita akan mudah ke sana dan kemari tanpa rasa was-was. Sesetengah negara seperti Korea dan Jepun tidak menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Jadi ini menyukarkan kita untuk bertanya dan berkomunikasi dengan mereka. Bagai itik dengan ayam. Kita tidak faham apa yang mereka ujarkan dan sebaliknya. Jadi dengan mempelajari bahasa mereka, mungkin akan jadi satu kelebihan untuk kita berjalan di negara mereka dengan hati yang senang.

 

4. Meningkatkan Kesedaran Tentang Berita Semasa

jjnjnjnj.jpg

Apabila kita berkunjung ke negara lain kita mungkin tidak mengetahui apa yang berlaku di kawasan persekitaran yang kita kunjungi. Misalnya, berita di sana mengeluarkan kenyataan bahawa akan berlaku bencana alam tapi kita tidak faham dengan kenyataan yang disampaikan kerana bahasa mereka yang berlaianan. Ia akan mendatangkan bahaya pada diri kita sendiri. Jadi pentingnya mempelajari banyak bahasa ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kita terhadap isu semasa yang berlaku di sesebuah negara tersebut.

 

Lebih banyak bahasa yang kita pelajari lebih banyak kelebihan yang kita perolehi sebenarnya. Manfaat yang hadir tidak terkira. Jadi? Pendapat anda macam mana? Penting atau tidak kita belajar lebih dari dua bahasa? Setuju?

Resepi Coleslaw yang Pasti Sedap

Resepi Coleslaw yang Pasti Sedap

Tips to Read 96 Books Per Year

Tips to Read 96 Books Per Year