THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Pemilihan Jeans Untuk Keselesaan Wanita

Pemilihan Jeans Untuk Keselesaan Wanita

‘Tak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas’.  Itulah peribahasa yang boleh kita umpamakan dalam penggayaan jeans. Jeans telah menjadi trend sejak sekian lama lagi. Rata-rata si pemakai gemarkan gaya jeans yang mampu dipadankan dengan kebanyakkan fesyen di dunia. Malah penggayaan jeans mampu menampakkan si pemakai kelihatan lebih santai dan bergaya. Jeans juga di terima baik oleh masyarakat kerana sifatnya sendiri yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak itu.

Jeans pada mulanya direka untuk dipakai dan disesuaikan untuk koboi dan pelombong dan menjadi popular pada tahun 1950-an di kalangan remaja. Sehingga ke hari ini, jeans tetap menjadi item fesyen yang popular dan sesuai untuk digayakan di dalam pelbagai acara.

pexels-photo-286691.jpeg

 

Low Rise Jeans

Seluar jeans jenis low rise mampu untuk menampakkan bentuk badan menjadi sedikit panjang. Ia sering digayakan dengan baju yang pendek agar dapat mendedahkan sedikit di bahagian perut. Low rise jeans sangat sesuai dengan gadis yang bertubuh kurus dan langsing. Ini kerana, pinggang jeans ini terletak di bawah  pusat si pemakai. Jadi, pemakaian low rise jeans akan menolak lebihan lemak di bahagian perut ke atas dan penampakkan perut buncit si pemakai.

 

Medium Rise Jeans

Medium rise jeans direka untuk keselesaan di mana letak pinggangnya betul-betul di atas tulang pinggul. Paling sesuai digayakan kerana medium rise jeans sangat mesra dengan semua jenis bentuk badan. Pemilihan jenis jeans ini adalah pilihan yang selamat di kalangan penggemar jeans.

 

High Waist Jeans

Seluar jeans jenis ini mampu menampakkan kaki si pemakai kelihatan agak panjang. Ia juga sangat sesuai untuk gadis berperut buncit kerana penggayaan high-waist jeans mampu mengurangkan visual perut yang besar itu. Pastikan memilih saiz yang betul jika tidak mahu perut anda merasa tidak selesa ketika menggayakan high-waist jeans ini. Walau bagaimanapun, pemilihan high waist jeans kurang sesuai untuk digayakan oleh golongan lelaki.

 

Straight Cut Jean

Selesa untuk pergerakkan. Dengan potongan lurus dari bahagian pinggul ke pergelangan kaki, straight cut jeans juga tampak kemas jika ingin digayakan dalam tema semi-casual. Straight cut jeans juga sesuai untuk kebanyakkan bentuk tubuh terutamanya untuk wanita yang inginkan kaki kelihatan lebih panjang.

 

Skinny Jeans

Untuk menampakkan kaki yang lebih kurus, skinny jeans sesuai dengan anda. Tetapi pastikan jangan memilih saiz yang terlalu sendat untuk anda. Ini kerana, lekuk-lekuk lemak di kaki dan punggung anda akan jelas kelihatan. Di kalangan wanita muslim, penggayaan skinny jeans amat popular digayakan dengan baju panjang dan menutupi bahagian punggung.

 

Boyfriend Cut Jeans

Boyfriend cut jeans mempunyai kelonggaran yang cukup santai. Jeans jenis ini harus kelihatan sedikit besar daripada si pemakainya.  Kalau kena dengan cara penggayaan, boyfriend cut jeans akan tampak lebih bergaya daripada seluar jeans berpotongan kecil.

 

Untuk tampak bergaya tidak susah. Hanya perlu pandai menggayakan pakaian dengan betul. Jika pemilihan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan dan pembawakan anda, pasti anda akan kelihatan sangat bergaya. Pemilihan jeans adalah gaya yang paling mudah dan selamat kerana jeans adalah fesyen yang sesuai untuk kebanyakkan orang. Jadi, tidak salah lah mengapa jeans tidak pernah lapuk dek zaman.

Sudah tahu apa untuk digayakan hari ini? Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memilih apa yang sesuai untuk anda.

Why You Should Reconnect with Old Friends

Why You Should Reconnect with Old Friends

Woman Crush October Issue – Up Close & Personal With Ahirine Ahirudin

Woman Crush October Issue – Up Close & Personal With Ahirine Ahirudin