THREAD by ZALORA is a fashion, beauty, and lifestyle content site where trend-conscious, tech-savvy writers come together to share their insights and discuss trends. Got a story or some feedback? Drop us an email at community@zalora.com with MY— [Topic] in the title!

Tips Memujuk Pasangan Merajuk

Tips Memujuk Pasangan Merajuk

Di dalam mana-mana perhubungan, pasti akan dilanda pelbagai masalah dan pertengkaran. Tidak mustahil dengan persilihan di dalam suatu hubungan, pasti ada yang merajuk bukan? Kalau dah sayang tetap kena pujuk and pasangan mesti terpujuk. Tetapi apakah cara yang bole dipraktikkan? Mari kita lihat tips memujuk pasangan yang merajuk di bawah ini.

1. Masakkan makanan kegemarannya

z1.jpg

Bagi wanita adalah amat penting untuk menjaga perut si lelaki. Oleh itu, masakkanlah lelaki anda makanan kegemarannya untuk memujuk hatinya.

Bagi lelaki, ini lebih mencabar kerana bayangkan pertama kali merajuk dan terpaksa memasak makanan kegemaran si dia? Sedap atau tidak, mesti si dia terharu dengan pengorbanan masa yang anda berikan untuk cuba memasak.

 

2. Berikan hadiah atau kejutan

Sesiapa sahaja pasti menyukai hadiah atau kejutan dari pasangannya. Berikan apa yang anda mampu dan bermakna buat si dia. Contohnya, jika telefon bimbitnya rosak, anda boleh membelikan yang baru untuknya. Selain itu, siapa yang tidak suka akan kasut dan pakaian yang baru. Jika anda tiasa masa, ZALORA adalah portal online yang anda boleh membeli-belah dengan mudah.

 

3. Berikan ciuman dan pelukan

kaboompics_Young couple with sunflower.jpg

Ini sangat menenangkan jiwa sama ada diberikan dalam aplikasi whatsapp atau secara realiti.Hati yang terbakar boleh berubah sejuk jika mendapat sentuhan dari si dia yang tersayang.

 

Tapi dalam memberi pelukan dan ciuman, selitkan ayat-ayat romantis.. Lelaki atau wanita pasti akan cair. Mereka rasa dihargai. Itulah cinta! Saling menghormati dan menghargai pasangan anda.

 

4. Bincang dari hati ke hati

kaboompics_Lovely workplace with red roses.jpg

Jika tidak berpuas hati, eloklah duduk berhadapan dan berbincang kesemua hal. Jangan bincang melalui pesanan ringkas kerana kamu berdua tidak akan nampak hala tuju perbincangan tersebut.

Boleh bawa kertas, untuk tulis, dan senaraikan segala masalah serta penyelesaiannya apa yang dipersetujui atau tidak. Jika nampak kesalahan siapa, perlulah ada yang meminta maaf dan jangan ulangi lagi.


5. Kembalikan Memori

z3.jpeg

Setiap pasangan mesti ada kenangan terindah dan manis mereka. Sama ada semasa susah atau senang. Oleh itu, kembalikanlah mood dan kenangan tersebut sama ada pergi kembali ke tempat pertemuan atau buat aktiviti yang membuat mood bercinta tu wujud semula. Kadang kala dengan mengembalikan memori, akan membuat hati menjadi lebih sayang dengan hubungan yang terjalin tuh.

Nikmatilah cinta dan teruskan menyayangi, jangan dibiar rasa cinta itu hambar. 

Cinta sampai akhirnya adalah cinta paling kukuh.

Jaga hati dan jaga kehidupan anda agar terus positif melayari bahtera cinta.

 

 

Adakah anda mempunyai cara memujuk tersendiri? Kongsikannya bersama kami di ruangan komen di bawah.

Ultimate Tips on How to Excel In Any Job Interview

Ultimate Tips on How to Excel In Any Job Interview

Woman Crush September Issue: Up Close & Personal with Athirah Kamaruzzaman

Woman Crush September Issue: Up Close & Personal with Athirah Kamaruzzaman