4 Kelebihan Cuka Epal Yang Wajib Diketahui

Cuka epal bukan sahaja diminum untuk mendapatkan badan yang kurus dan menarik tetapi boleh digunakan sebagai ubat juga. Seperti pepatah inggeris "Sebiji epal setiap hari,mampu menjauhi doktor". Tapi kalau tahu khasiatnya jika diamalkan setiap hari, confirm korang ajak suami korang ke pasaraya untuk dapatkan cuka epal. Tapi ada lagi kelebihan yang korang perlu tahu dan sangat berguna untuk korang dalam kehidupan seharian. 

1. Sebagai minuman kesihatan

Cuka epal membantu menurunkan berat badan kerana kandungan asid asetik yang tinggi. Selain itu mengawal tahap alkali dalam badan, membantu dalam sistem buah pinggang, membunuh bakteria dan mengawal kandungan gula dalam badan. Juga boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

 

2. Sebagai toner wajah

Kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas menegangkan kulit wajah, mengurangakan dan merawat jerawat serta menjadi toner semula jadi yang sesuai untuk semua jenis kulit. Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 2 bahagian air. Gunakan dengan kapas muka untuk memberikan rawatan optimum.

 

3. Rambut kembali segar dan bersinar

Untuk yang mengalami rambut berminyak dan tidak bermaya. Akan membersihkan minyak dan rambut akan bersinar dan segar. Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air. Lumurkan pada rambut selepas syampu.

 

4. Mengurangkan kesan sunburn

Kalau dah seharian korang berjemur, pasti korang mengalami kulit terbakar. Cuka epal dapat mengurangkan kepanasan dan kesakitan pada lapisan kulit.Campurkan 1 bahagian cuka epal dalam air mandian dan berendam. 

 

Apakah lagi kegunaan yang boleh anda fikirkan dengan cuka epal? Sila kongsikannya bersama kami di ruangan komen di bawah.