5 Tips Cara Penggunaan Instax

Tahukah anda apa itu instax? Instax ialah kamera segera yang digunakan oleh pelbagai lapisan umur. Instax mula diperkenalkan kepada masyarakat bagi mengabadikan memori kerana ketiadaan gadget gadget moden seperti masa kini. Namun,masyarakat pada zaman yang serba moden ini masih menggunakan kamera Instax sebagai trend terutamanya anak-anak muda. Di sini adalah lima tips tentang cara penggunaan Instax memandangkan saya mempunyai sebuah kamera Instax. Tips ini dikongsikan kerana  Instax adalah kamera yang agak sensitif.

 

1.       Cabut bateri bila tidak digunakan

jordan-bauer-274424.jpg

Instax hanya menggunakan bateri biasa iaitu bateri bersaiz AA. Jika bateri tidak dicabut, ini akan membuatkan kamera instax berair dan menyebabkan kerosakan. Oleh itu, jika anda tidak tahu bila lagi ingin menggunakan kamera ini, sila cabut bateri untuk penjagaan yang rapi.

2.        Ubah mod mengikut keadaan

Terdapat empat jenis mod pada kamera Instax. Jika anda mengambil gambar di dalam rumah, gunakan mod yang bersimbol rumah .Manakala jika anda berada di luar, lebih baik gunakan mod yang bersimbol matahari. Hal ini kerana filem Instax yang tersilap mod akan menyebabkan terhasilnya gambar kosong dan satu pembaziran filem. Tambahan pula,harga filem Instax sedikit mahal.

3.  Letak filem Instax dengan berhati-hati

Setelah filem Instax habis digunakan, filem yang baru haruslah diganti. Semasa mahu meletakkan filem Instax, ianya haruslah diletakkan dengan berhat- hati kerana ada satu tempat di bahagian filem itu yang agak sensitif. Jika dilakukan secara kasar, kesemua filem instax iaitu 10 keping akan rosak.

 

4.Gunakan beg atau case instax

Ini bagi mengelakkan kamera instax menjadi kotor dan juga supaya instax nampak lebih menarik.Terdapat pelbagai jenis dan warna beg instax yang dijual di kedai dan juga di atas talian.Jenis beg instax yang popular adalah jenis kulit.

 

5. Jangan menarik filem yang sedang keluar

estee-janssens-409061.jpg

Selepas gambar diambil menggunakan kamera Instax, polaroid gambar tersebut akan keluar dengan sendirinya. Jadi,anda dilarang untuk menarik gambar tersebut bagi mengelakkan kerosakan. Biarkan ia keluar habis dan kering dengan sendirinya.

Adakah anda penggemar kamera Instax? Kongsikan pengalaman menarik anda di ruangan komen di bawah.