7 Tips Memilih Busana Tradisional

pakaian tradisional.jpeg

Seperti yang kita ketahui, pakaian tradisional tidak akan ditelan zaman. Setiap tahun, ada sahaja trend baru yang muncul dan kadang-kala kita berasa sukar untuk memilih busana tradisional yang bersesuaian. Kini bulan puasa makin mendekati kita dan pasti anda ingin mula membeli pakaian untuk menyambut Hari Raya. Jadi sebelum membeli pakaian tradisional anda, sila ikuti tips di bawah ini.

1.      Material

 Material atau jenis kain haruslah bersesuaian dengan majlis dan cuaca. Pilih material yang tidak panas dan tidak terlalu tebal untuk keselesaan sewaktu berkunjung ke rumah jiran dan saudara-mara. Keadaan yang rimas dan terlalu panas akan membuatkan anda hilang mood untuk aktiviti ziarah-menziarahi.

 

2.      Corak atau hiasan

833A8242.JPG

Penggunaan corak atau hiasan pada pakaian tidak perlu terlalu sarat dan menyerlah. Pilihlah jenis corak yang sesuai dengan identiti dan selesa untuk dipakai di majlis-majlis yang lain pula nanti.

 

3.      Saiz

Pemakaian yang terlalu longgar dan besar akan menampakkan diri kelihatan tidak kemas dan gemuk. Tetapi jangan pula memakai busana yang terlalu ketat kerana akan menyukarkan pergerakan terutamanya untuk menghidangkan makanan kepada tetamu atau membantu ibu di dapur. Jika ke majlis-majlis penting seperti majlis perkahwinan atau makan malam, tidak menjadi masalah.

 

4.      Warna

 Pemilihan warna juga amat penting. Pilihlah warna yang sesuai dengan warna kulit dan karakter. Jika anda bertubuh gempal, elakkan memilih warna yang terlalu menyerlah dan terang. Pakaian yang sesuai dan versatile amat penting terutamanya untuk digayakan ke mana sahaja.

 

5.      Tudung

AP99280278.jpg

 Padanan warna tudung dan pakaian amatlah penting untuk menyerlahkan lagi keanggunan. Pelbagai jenis tudung seperti bawal dan selendang dijual di pasaran. Pemilihan jenis tudung amat penting bagi memudahkan persiapan anda.

 

6.      Kualiti dan harga

 Pilihlah material dan jenis busana yang tinggi kualiti dengan harga yang berpatutan. Bandingkan harga sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Walaupun harga material kain yang berkualiti adalah sedikit mahal, ia lebih baik daripada membeli kain yang murah tetapi mudah rosak atau koyak.

 

7.      Aksesori

AP91703659.jpg

Pemakaian dan padanan aksesori seperti kerongsang, headband, jam tangan, cermin mata hitam atau barang kemas haruslah tepat. Kurangkan penggunaan aksesori yang keterlaluan jika busana tradisonal anda telah sarat dengan labuci, sulaman atau manik.