7 Tips Mudah Melembutkan Tangan Secara Semula Jadi

pexels-photo-97086-large.jpeg

Adakah anda tahu bahawa tangan kita boleh dimamah usia? Selain kecantikan wajah, kelembutan tangan juga merupakan first impression apabila berhadapan dengan orang ramai terutamanya sewaktu bersalam atau berkomunikasi. Pasti banyak mata yang memandang dan ia amat penting untuk kita menjaganya. Cuba tips di bawah untuk mendapatkan kulit tangan yang mulus secara semula jadi.

1.      Hampas serbuk kopi / hampas teh / hampas kelapa / asam jawa / daun betik muda

pexels-photo-large (6).jpg

Gosokkan salah satu bahan di atas yang telah dicampur dengan sedikit air pada tapak tangan. Biarkan selama 5 – 10 minit dan bilas.

 

2.      Limau nipis / daun lidah buaya

pexels-photo-51181-large.jpeg
pexels-photo-27014-large.jpg

Gosokkan hirisan limau nipis atau gel daun lidah buaya pada tapak tangan. Biarkan ia mengering di kulit anda dan bilas. Lakukan cara ini setiap hari untuk melihat keputusannya.

 

3.      Minyak Kelapa

AP83767987.jpg

Gosokkan minyak kelapa pada tapak tangan dan urut dengan lembut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air yang sejuk tanpa menggunakan sabun. Ini akan mengekalkan kelembapan kulit anda dan elak dari menjadi kering.

 

4.      Air Garam

Rendam tapak tangan dalam air hangat yang berisi garam sambil mengurutnya selama beberapa minit. Bilas tangan dengan air sejuk dan letakkan lotion setelah tangan dikeringkan. Air garam dapat membuang kotoran dari liang roma dan permukaan tangan.

 

5.      Gula campur madu / pisang campur mentega

AP90990428.jpg

Tambahkan sedikit air ke dalam salah satu campuran ini. Gosok dan urut tapak tangan dengan teratur menggunakan campuran tersebut sehingga tiada gumpalan selama 5 minit. Bilas. Ia bertindak sebagai skrub dan pelembap semula jadi untuk kulit anda.

 

6.      Susu Cair

 Rendam tangan ke dalam susu cair hangat selama 15 minit. Bilas dengan air yang sejuk.

 

7.      Air basuhan beras

 Rendam tangan dalam air basuhan beras untuk seketika dan biarkan kering. Bilas.

 

Apakah cara-cara lain yang anda ketahui? Sila kongsikannya bersama kami di ruangan komen di bawah.