Jatuh Cinta Dengan Kawan Baik? Ingin Elakkan Ia Terjadi?

friends.jpeg

Orang kata kalau lelaki dengan perempuan berkawan baik, salah seorang daripadanya pasti akan terjatuh cinta. Tetapi, risiko persahabatan akan goyah adalah tinggi jika rasa cinta tersebut diluahkan. Oleh itu, ramai yang mengelak untuk jatuh cinta dengan sahabat berlainan jantina demi mengekalkan status persahabatan yang sudah tersedia akrab itu.

Bagaimana untuk membuang rasa cinta itu atau mengelak dari mencintai sahabat yang baik? Ikut tips di bawah ini:-

1)      Tetapkan minda untuk kurang berfikir mengenai sahabat anda itu

Usah fikir untuk meluahkan perasaan anda atau pun tidak. Jangan fikir dia akan menerima anda ataupun tidak setelah anda meluahkannya. Fikiran-fikiran ini hanya akan membuatkan anda semakin tertekan dan berserabut. Cuba cari aktiviti-aktiviti yang dapat mengelakkan minda anda berfikir mengenainya seperti bersenam, melancong atau bermain alat muzik. Pastikan aktiviti yang anda lakukan tidak disertai oleh sahabat baik berlainan jantina anda itu dan bukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda teringat tentangnya.

 

2)      Jangan mudah tersentuh hati dengan sikapnya yang prihatin

free.jpeg

Seorang sahabat sememangnya bersikap mengambil berat dan menyebabkan kita berasa sangat selesa berdampingan dengannya. Tetapi jangan salah anggap dengan sikap prihatin itu sebagai cinta. Kasih sayang dan perhatian yang ditunjukkan hanyalah sebagai seorang sahabat. Jika tersilap menilainya, bimbang hati anda yang akan terluka nanti.

 

3)      Jaga tingkah laku

Walaupun dia sahabat yang paling rapat tetapi dia masih lagi insan yang berlainan jantina daripada anda. Jadi, pastikan ada batas dalam perhubungan kalian seperti tidak mendedahkan semua hal peribadi anda kepadanya dan hormati hak peribadi masing-masing. Selain itu, usah berkelakuan seperti pasangan kekasih sebagai contoh merajuk, berkelakuan manja dan cemburu sehingga rakan-rakan anda yang lain keliru dengan status hubungan kalian. Usikan dari rakan-rakan lain mungkin akan membuat salah seorang dari kalian berasa tidak selesa.

 

4)      Kurangkan masa bersama dia

hangout.jpeg

Luangkan masa anda dengan rakan-rakan yang lain tetapi bukan menjauhkan diri dari sahabat baik anda itu. Hanya hadkan masa bersamanya. Ini penting untuk meredakan perasaan anda dan neutral kembali persahabatan kalian.

 

5)      Tanamkan dalam diri untuk utamakan persahabatan

Anda mestilah bersyukur dengan adanya dia di sisi sebagai sahabat di waktu anda susah ataupun senang. Hargai persahabatan kalian sebaiknya.

 

Adakah anda pernah mengalami situasi sebegini dalam hidup anda? Sila kongsikan bagaimana anda mengatasinya di ruangan komen di bawah.