Tips Cinta Jarak Jauh (Bahagian 1)

main image 1.jpeg

Dalam sesebuah perhubungan, tiada pasangan yang sanggup berjauhan dalam jangka waktu yang lama terutamanya bagi pasangan yang telah berkahwin. Tetapi, janganlah menjadikan perhubungan jarak jauh ini satu masalah yang boleh menyebabkan perpisahan. Kekalkan hubungan dan rasa cinta anda dengan tips di bawah :-

1)      Percaya

Tanamkan kepercayaan antara satu sama lain walau di mana pun anda berada, walau berapa lama pun hubung kalian. Jangan sesekali menduga kesetiaannya atau menuduh pasangan anda curang tanpa bukti yang kukuh. Kadang kala, sikap tidak mempercayai ini yang akan membuka jalan untuk berlakunya perpisahan. Buang fikiran dan tuduhan negatif agar hubungan semakin erat.

 

2)      Jujur

Jangan ambil kesempatan berpacaran dengan lelaki/wanita lain apabila pasangan anda jauh dari mata. Berlaku jujurlah dalam perhubungan. Sememangnya pada zaman sekarang sudah semakin kurang relevan untuk tidak berkomunikasi atau keluar dengan lelaki/wanita lain apabila berstatus ‘in a relationship’. Tetapi, biarlah komunikasi itu hanya atas dasar kerja, hal-hal penting atau pastikan pasangan anda tahu apa yang anda lakukan. Tidak salah maklumkan pada si dia dengan siapa anda berkawan, chatting atau keluar bersama.

 

3)      Selalu Berkomunikasi

communicate.jpeg

Komunikasi antara pasangan adalah satu perkara penting dalam sesebuah hubungan kerana cara anda berkomunikasi akan menentukan semakin erat atau semakin renggang hubungan anda. Gunakan pelbagai alat komunikasi yang ada pada masa kini untuk kukuhkan hubungan jarak jauh anda. Ambil masa 5 hingga 10 minit di celah-celah kesibukan anda untuk menghubungi si dia sebagai tanda anda mengingatinya.

 

4)      Luahkan Isi Hati

Jangan pendam apa yang anda rasa kerana si dia tidak dapat melihat ekspresi anda atau menduga perasaan anda. Luahkan apa yang tersirat di hati sama ada anda rindu, sayang, sedih, risau dan sebagainya. Pilih masa yang sesuai sekiranya ingin meluahkan sesuatu yang serius dan memerlukan perbincangan dari hati ke hati. Jangan segan untuk kata sayang, cinta dan rindu sekiranya anda bukan seorang yang romantik sebelum ini. Just do it and you will get excited to know how your partner will react to your confession.

 

5)      Cari Masa Untuk Bertemu

dating couple cafe.jpg

 

Walaupun anda terlalu sibuk, cubalah cari masa berjumpa dengan si dia terutamanya sewaktu hari jadinya atau ulang tahun kalian. Melanconglah ke tempat-tempat romantik atau luangkan masa dengan melakukan aktiviti bersama untuk mengeratkan hubungan kalian. Perasaan bahagia bertemu pasangan yang sudah lama tidak jumpa adalah tidak dapat digambarkan. You will feel nervous and excited at the same time.

 

6)      Hadiah Atau Kejutan

AP96392230.jpg

Sesekali apa salahnya berikan hadiah yang pasangan anda idamkan atau buat kejutan berjumpa dengan si dia yang jauh nun di sana. Pasangan anda pasti terharu melihat buah hatinya tiba-tiba muncul di hadapan rumah untuk makan malam bersama. Poskan sahaja hadiah anda sekiranya anda sukar mencuri masa untuk berjumpa dengannya.

 

7)      Doa

Selalulah berdoa supaya hubungan anda semakin erat dan kekal selamanya. Boleh juga sekali-skala katakan pada si dia bahawa anda selitkan namanya dalam doa supaya dia sentiasa kekal cantik, sihat dan gembira. Your partner will be happy and feel you are the one.