Tips Cinta Jarak Jauh (Bahagian 2)

main image 2.jpeg

Sudah amalkan Tips Cinta Jarak Jauh Bahagian 1? Kalau sudah mari kita teruskan dengan tips seterusnya seperti di bawah :-

1)      Jangan Cemburu Buta

Perasaan cemburu yang berlebihan ini perlu dielakkan supaya pasangan anda tidak merasa rimas dengan sikap anda yang mengongkong dan tidak rasional. Rasa hormat, sabar dan percaya amat penting untuk memadamkan rasa cemburu buta ini. Buangkan perasaan terlalu takut kehilangannya dalam diri anda dan buat yang terbaik untuk hubungan kalian. Pasti pasangan anda akan menghargai usaha itu.

 

2)      Elakkan pergaduhan

fight.jpeg

Bergaduh dalam sesebuah perhubungan itu adalah normal tetapi elakkan pergaduhan yang berpanjangan. Janganlah menghilangkan diri atau mematikan telefon bimbit sewaktu bergaduh. Ini kerana, pergaduhan yang kecil tetapi berpanjangan akan membawa kepada salah faham dan perbalahan yang lebih besar. Elakkan juga meninggikan suara semasa bergaduh kerana ia seolah-olah mencabar pasangan anda.

 

3)      Atasi Rasa Bosan

Perasaan bosan apabila pasangan jauh dari mata akan timbul terutamanya apabila melihat pasangan lain beraksi romantik di hadapan anda. Perasaan ini akan membuatkan anda ingin mencari wanita/lelaki lain yang lebih hampir dan tidak merasa puas dengan usaha yang pasangan anda lakukan untuk mempertahankan hubungan kalian. Kedua-dua belah pihak perlu sama-sama atasi perkara ini dan buat sesuatu yang lain daripada yang biasa kalian lakukan.

 

4)      Jangan Dengar Kata-kata Negatif Dari Orang Lain

Apabila anda bercerita mengenai hubungan kalian kepada rakan-rakan, pasti ada kata atau pandangan negatif yang dilontarkan seperti “tak takut ke dia cari yang lain dekat sana?”. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif ini kerana hanya anda yang lebih tahu tentang si dia. Tidak adil sekiranya anda menghukum dia hanya berdasarkan andaian negatif tanpa bukti.

 

5)      Jangan Ego

ego.jpeg

Elakkan perasaan ego terutamanya untuk meminta maaf sekiranya anda yang melakukan kesalahan. Jangan ego untuk contact pasangan terlebih dahulu atau pujuk si dia sekiranya dia terasa hati. Tidak salah merendahkan ego untuk mengekalkan hubungan kalian. It’s worth it.

 

6)      Utamakan Pasangan

AP98930527.jpg

Amalkan sikap mendahulukan si dia berbanding orang lain dalam membuat keputusan. Rujuk dan berbincanglah dengan pasangan anda sebelum melakukan sesuatu. Tidak salah sekiranya sekali-skala menceritakan perkara-perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan seharian anda kepada pasangan. Ini menandakan si dia adalah orang yang paling rapat dan penting pada anda.

 

7)      Sentiasa Ada

sentiasa ada.jpeg

Sebagai pasangan, sudah semestinya anda perlu ada sewaktu dia senang ataupun susah. Jangan merungut bila tiba waktu dia susah dan hulurkan bantuan tanpa mengungkit. Sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan kesenangan yang si dia berikan.

 

Apakah lagi tips yang anda ingin kongsi? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.