Warna Merah Jambu Pelengkap Gaya

pete-bellis-189610-unsplash.jpg

Warna merah jambu dan wanita cukup sinonim. Ia membuatkan penampilan anda kelihatan lebih natural dan manis dipandang. Bukan sahaja untuk wanita, merah jambu juga boleh menyerlahkan gaya seorang lelaki!

Tips Pemilihan Fesyen Merah Jambu:-

1)      Kombinasi Warna

mike-fox-489773-unsplash.jpg

Satu elemen yang penting adalah anda perlu bijak menggayakan pakaian warna merah jambu anda dengan kombinasi warna lain yang sesuai. Anda tidak perlu mengenakan pakaian serba merah jambu untuk tampil lebih menawan! Kombinasi dengan warna yang lembut seperti putih, denim, krim atau coklat mampu menyerlahkan gaya.

 

2)      Pilih aksesori yang sesuai

pexels-photo-873421.jpeg

Anda digalakkan memakai aksesori yang berlainan warna sekiranya anda mengenakan busana rona merah jambu. Pemilihan beg dan kasut juga perlu diambil kira. Pastikan pemakaian aksesori tidak keterlaluan.

 

3)      Bentuk dan jenis badan

pexels-photo-893967 (1).jpeg

Warna merah jambu mungkin sesuai untuk individu yang mempunyai bentuk badan kurus dan tinggi. Namun, jika anda pandai memilih corak pakaian dan bijak bermain dengan warna, anda tidak perlu risau jika merasakan bentuk badan anda tidak begitu sesuai dengan rona merah jambu.

 

Kesimpulannya, walaupun anda memang penggemar fanatik warna merah jambu, sila pastikan gaya anda tidak berlebihan dan tidak mengenakan pakaian serba merah jambu! Dalam berfesyen, jika tersilap langkah anda mungkin boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan.

Ada sesuatu yang ingin dikongsi? Sila lontarkan komen membina anda di ruangan komen di bawah.