BEAUTY

These Are The Only Makeup You Need When Travelling

These Are The Only Makeup You Need When Travelling

Packing makeup products for traveling can be pretty stressful because you are not sure what to bring and how to fit all of it in your bag. However it cannot be denied that some of the makeup may end up not being used at all while on your trip. Now do not worry as here are among the only makeup products you need when travelling. Less is more. 1. Moisturizer/Primer Travelling can dehydrate your skin because you will be seated for long hours…

Kepentingan Sunblock Untuk Kulit Anda

Di Malaysia ni hanya ada dua musim iaitu musim panas dan musim hujan. Walaupun negara lain sudah bertukar musim ke musim sejuk ketika ini, Malaysia masih bertukar di antara cuaca panas dan hujan. Disebabkan Malaysia adalah Negara yang bermusin panas, protection bagi menghadap sinaran matahari terik adalah amat penting. Ramai diantara kita selalu buat tidak endah terhadap kepentingan sunblock atau sunscreen ini. Antara sebab ramai orang tidak menggunakan sunblock ini kerana kurang faham tentang betapa bahaya pendedahan yang terlampau kulit kepada sinaran terik matahari.

Walau di mana anda berada, jangan pernah lupa membawa sunblock anda bersama. Sama ada anda sedang bersenam di luar, pergi bercuti di pantai, menyertai pertandingan marathon atau keluar bersama rakan-rakan anda di sekitar Bandar, wajib guna sunblock setiap hari. Antara kepentingan memakai sunblock termasuk melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen. Selain itu, ia juga melindungi dari penyakit lain seperti katarak,kerosakan kulit dan merendahkan imunisasi badan.

5baafabd23c250431e7828694f15a6a0efe0a1ab.jpeg

UVA ialah salah satu sinar UV yang paling banyak menimbulkan radiasi iaitu 95% dari sinar ultraviolet yang masuk kedalam atmosfera bumu. Sinar UVA ni lah antara penyumbang utama kepada kerosakan kulit dan menjadi sebahagian besar penyebab terjadinya kanser kulit. UVA ni biasanya menyebabkan masalah kulit dari dalaman antaranya penuaan, berkedut dan kusam.

UVB pulak  penyebab  kulit  kita  kemerahan  dan  terbakar  sebab  ianya  cuma menyerang lapisan luar kulit sahaja . Sunburn tu jadi disebabkan tidak melindungi kulit daripada  sinaran  UVB. UVB  adalah lebih  agresif  dan  cenderung  untuk merosakkan kulit pada waktu 10 pagi sampai 4 petang . Jadi, jika ingin keluar daripada rumah ketika ni , pastikan memakai sunblock yang ada dua perlindungan UVA dan UVB ya.

UVB juga lah penyebab kepada bintik jeragat pada muka. Tidak mahu jeragat bukan? Jadi mulakan penggunaan sunblock sekarang!

Bagi pemilihan sunblock pula, haruslah memilih mengikut SPF yang bersesuaian dengan keadaan dan aktiviti yang kita akan lakukan . SPF atau nama panjangnya  Sun Protection Factor (Faktor Perlindungan Matahari) ni ada dalam macam-macam nilai yang dijual di pasaran. Mesti pelik bukan, ada SPF 15, ada SPF30 dan juga SPF50.

 

Apa beza nombor nombor ni?

 Nombor SPF di botol sunscreen memberi indikasi berapa lama sunblock itu dapat melindungi kulit kita . Semakin tinggi nombor, semakin lama sunblock itu mampu bertahan di kulit kita .

Contoh pengiraan SPF ialah seperti berikut :

SPF 50 ( 50 x 10 minit = 500 minit bersamaan 8 jam 30 minit!)

Pilihlah SPF yang bersesuaian dengan keadaan anda ketika itu.

 

Apakah sunscreen kegemaran anda? Sila tinggalkan cadangan di ruangan komen di bawah.

5 Tips Miliki Bibir Cantik Dan Merah Semulajadi

Memiliki bibir cantik dan merah semulajadi menjadi impian setiap wanita. Namun penggunaan lipstick setiap hari pasti menimbulkan masalah pada bibir. Sama ada bibir menjadi kering dan merekah mahupun hitam. Ini sudah pasti mencacatkan penampilan seorang wanita kerana bibir merupakan daya penarik semulajadi wanita.

YGQRGVJ3MW.jpg

Tips yang boleh diamalkan untuk memiliki bibir yang cantik menawan dan merah semulajadi adalah dengan penggunaan dari bahan semulajadi atau bahan masakan yang ada di dapur. Juga boleh gunakan pelembap yang dijual di pasaran. Jadi, mari ketahui 5 tips miliki bibir cantik dan merah semulajadi.

1. Madu

pexels-photo-302163.jpeg

Madu bukan sahaja digunakan dalam masakan, untuk tujuan kesihatan dan perubatan malahan madu juga sesuai digunakan untuk kecantikan. 

Jika di rumah ada madu, gunakan madu itu sebaik yang mungkin. Untuk dapatkan bibir yang cantik dan merah semulajadi, sapukan madu pada bibir dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, cuci dengan air yang hangat. Amalkan setiap hari sebagai rutin harian.

2. Mentega

butter-1920670_960_720.png

Semua orang suka mentega. Mentega dan masakan berpisah tiada. Digunakan dalam masakan dan pembuatan kek serta biskut, mentega juga boleh digunakan untuk kecantikan. Oleskan sedikit mentega pada bibir secara rata dan amalkan setiap kali sebelum tidur.

3. Gliserin

Bibir yang kering dan merekah juga menjadi punca bibir menjadi lebam dan hitam. Apa kata sapukan gliserin setiap hari sebelum tidur supaya bibir kekal kelihatan lembab dan mungil. Gliserin membantu mengekalkan kelembapan bibir. Jadi, rajinkan diri sapu gliserin pada bibir.

4. Lemon

pexels-photo-13915.jpeg

 Selain digunakan dalam masakan dan bertindak sebagai detox, lemon juga digunakan untuk kecantikan. Seperti yang kita ketahui, lemon berkesan untuk mengurangkan bintik bintik hitam pada kulit. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bibir yang gelap. Hanya gosokkan bibir dengan sekeping lemon untuk mengelupaskan bibir. Untuk kesan yang lebih baik taburkan sedikit gula pada lemon. Amalkan dua hingga tiga minggu.

5. Air

pexels-photo-89525.jpeg

 Air sangat penting dalam kehidupan harian kita. Kita perlu minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kekurangan air di dalam badan dan dehidrasi boleh juga menyebabkan bibir gelap dan kering merekah. Untuk mengelakkannya, kita perlu minum banyak air mengikut kuantiti yang disyorkan bersesuaian dengan berat badan. Tujuannya adalah untuk menjaga tubuh badan agar menjadi sihat serta mengelak dari berlakunya dehidarasi.

Sebenarnya, banyak lagi tips yang boleh diamalkan untuk memiliki bibir cantik dan merah secara semulajadi. Tetapi 5 tips untuk memiliki bibir yang cantik serta merah semulajadi ini juga sudah cukup untuk dapatkan kesan yang dramatik pada bibir. Tidak perlukan modal yang mahal untuk dapatkan sesuatu yang menjadi idaman setiap wanita. Kalau rajin dan ingin jimatkan masa serta tenaga, boleh juga cuba buat pelembap bibir sendiri. Gabungkan campuran 1/2 sudu besar perahan lemon, 1/2 sudu besar madu dan 1/2 sudu besar mentega. Adunkan ketiga tiga bahan dan sapukan pada bibir. Amalkan setiap sehingga dapat hasil yang diinginkan.

Nak cantik kena rajin, rajin dan rajin. Itu kata kunci yang sangat penting untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. Nak cantik kena rajin. Nak sihat juga kena rajin. Selain daripada tips di atas, apa lagi tips mudah yang diamalkan oleh kaum wanita di luar sana? Kongsikan pendapat masing masing pada ruangan komen supaya kita sama sama boleh kongsi tips kepada semua.